
Mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat, harmoni dan tiada yang
dapat memisahkan pertalian sesama manusia hanya kerana berbeza agama, ERASER
termasuk dalam kategori filem Malaysia wajib tonton di platform Prime Video mulai 1 Jun
2023 dan tersedia di seluruh Asia Tenggara.
Apa lagi filem yang diarahkan oleh Mark Lee See Teck ini menjadi cenderahati terakhir
daripada pelakon seni berprofil tinggi yang telah pulang ke Rahmatullah pada 18 Jun 2022,
Allahyarham Adibah Noor.
Kerinduan peminat melihat lakonan Adibah yang bersahaja namun mengesankan akan
terubat dengan menonton ERASER yang turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk
Nam Ron, Angela Chan, Dhiya Ariffin dan Alyssa Lee.
ERASER atau terjemahannya dalam bahasa Melayu bermaksud Pemadam atau hapus
mempunyai simbolik tersendiri untuk difikir dan diterima dengan hati terbuka oleh seluruh
penonton berbilang bangsa di negara kita.
Pemadam Bendera Malaysia pula dijadikan metafora jika tiada perpaduan, negara akan
‘lenyap’ perlahan-lahan.
Dihasilkan dalam durasi 94 minit dengan genre drama, kekeluargaan dan romantik, ERASER
yang ditulis oleh Mark Lee, Tang Yen Yen dan Siti Jasmina Ibrahim ini adalah sebuah naskhah
‘Malaysia’ yang bermula dengan kisah keluarga yang porak peranda namun bertahan dalam
kerasnya kehidupan. Ia turut menampilkan konflik di mana jika pergeseran terus berterusan
di antara kaum, maka tiada perpaduan dapat dibentuk.
Satu-satunya faktor yang membuat cabaran menjadi lebih hebat apabila ERASER digarap
sewaktu pandemik COVID 19 melanda dunia
“Kekangan dan cabaran yang kami lalui adalah ERASER dihasilkan sewaktu pandemik COVID
19 melanda dunia.Kami perlu memastikan semua kru berada dalam keadaan sihat dan
mengamalkan SOP yang ketat supaya tiada penularan wabak berlaku di set penggambaran.”
“Dan terus terang, pembikinan filem pada musim pandemik membuatkan kos bertambah, ini
termasuk lima sehingga 10 peratus kos digunakan untuk memastikan keselamatan semua
terjamin.
“Bagaimanapun pihak kami bersyukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku
sepanjang 20 hari penggambaran dijalankan,” ujar penerbit, Mandy Yap.
Pihak penerbit pula menyifatkan walaupun berdepan dengan kekangan sepanjang pandemik,
namun mereka percaya setiap kesukaran akan terbalas dengan sesuatu yang berharga
sehingga ERASER mampu disiapkan dan kini bersedia untuk tontonan umum.
Sementara itu, pengarah Mark Lee mengatakan produksi tidak berdepan banyak kekangan
untuk menukar format filem pendek dengan durasi tiga minit kepada sebuah naskhah
menelan masa tayangan 94 minit.
Mereka berjaya menghasilkan ERASER seperti yang diinginkan dengan menjadikan ‘cinta’
sebagai asas yang tidak boleh ditinggalkan dalam naskhah ini.
“ERASER adalah kisah kembara keluarga yang porak peranda namun bertahan kerana kasih
sayang yang tidak berbelah bahagi walaupun berbeza keyakinan agama.”
“Ia membuktikan dengan kasih sayang dan cinta, tanpa perbezaan jantina, bangsa atau
agama. Sifat kemanusiaan mengatasi segalanya,” kata Mark Lee.
ERASER yang mengisahkan tentang Ahmad, anak kepada pembuat batu nisan, Azman
mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan
dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah Yoke dalam hidup
mereka.
Keluarga Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka, menyediakan
tempat berteduh, namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah.
Namun kehidupan Xiao Li dan Ahmad berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni
Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020.
Apakah kesudahan ERASER edaran MyContent ini? Saksikannya di platform Prime Video mulai