Hulu Kelang, 28 September - Daqmie Music Factory buat julung kalinya mengadakan
satu sidang media bagi melancarkan album “Sahabat Selamanya” hari ini. Album
sulung dengan kandungan 10 buah lagu keluaran syarikat milik Daqmie sepenuhnya
ini adalah satu projek khas yang mendapat kerjasama Universiti Utara Malaysia
(UUM) bagi mengkaji dan meneliti perkembangan dan merudumnya industri muzik
nasyid di Malaysia.
Satu pasukan pengkaji dari School of Creative Industry Management & Performing
Arts (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia dibentuk bagi mendapatkan maklum balas
dan masa depan industri nasyid tanah air dalam mengenal pasti faktor kemerosotan
industri nasyid di Malaysia serta bagaimana untuk menaikkan semula populariti
terhadap genre tersebut.
Album yang mendapat sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKOMM) menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKD) ini menghimpunkan
empat kumpulan nasyid popular tempatan iaitu Rabbani, Hijjaz, InTeam dan Mestica.
Daqmie selaku penerbit album ini berkata, idea untuk menghimpunkan sahabatsahabat nasyid ini, bertujuan untuk menarik kembali minat pendengar kepada irama
nasyid tempatan selain sebagai penghargaan kepada kumpulan-kumpulan nasyid ini.
Penghasilan album beserta 10 muzik video nasyid ini terdiri daripada empat buah lagu
popular asal setiap kumpulan yang diberikan nafas baharu dengan Daqmie berduet
bersama mereka untuk setiap lagu. Lagu tersebut adalah seperti Pergi Tak Kembali,
Fatamorgana, Kasih Kekasih dan Layar Keinsafan.
Manakala, enam buah lagu baharu itu pula mendapat sentuhan komposer-komposer
serta penulis lirik terkemuka seperti Datuk hajah Habsah Hassan, Alfa Booty, Tam
Spider, Ad Samad, Aidit Alfian, Baiduri, Halim Ahmad, Keon, Isman Isam, Ito Lara serta
Atie.
Enam buah lagu baharu tersebut pula berjudul Sahabat Selamanya, Apa Khabar Apa
Cerita (Mestica), Tiada Tarikh Tamat (In Team), Manik-Manik Sejahtera (Rabbani),
Sandiwara (Hijjaz) dan Masih Terlihat Senyummu (Daqmie). Bagi Daqmie, “lagu-lagu
tersebut adalah simbolik perhargaan serta hadiah kepada sahabat-sahabat sepanjang
perkenalan kami. Tiada kos yang perlu sahabat nasyid keluarkan, hanya kesudian
Menariknya, lagu berjudul Sahabat Selamanya yang turut diangkat sebagai judul
album, mendapatsentuhan Daqmie dengan kolaborasi bersama Alfa Booty. Manakala
liriknya pula dihasilkan oleh penulis lirik prolifik, Datuk Hajah Habsah Hassan. Lagu ini
turut menyaksikan Daqmie serta keempat-empat kumpulan nasyid iaitu Rabbani, In
Team, Mestica dan Hijjaz bergabung.
Selain Sahabat Selamanya, Daqmie turut menyanyikan sebuah lagi lagu baharu
berjudul Masih Terlihat Senyummu. Lagu tersebut mendapat sentuhan Aidit Alfian
manakala liriknya pula oleh Atie.
In Team :
“Teruja mendapat peluang berkolaborasi bersama komposer yang hangat dengan
karya berjudul Casablanca. Walaupun ini bukan kali pertama bekerjasama tapi kali ini
ada sesuatu yang lebih istimewa pada karya-karya yang dihasilkan bersama Daqmie.
In Team sangat berterima kasih di atas lagu baharu yang dicipta Daqmie ini.
Ia mungkin sesuatu genre yang baharu bagi In Team dan peminat In Team namun kami
yakin para pendengar akan tertarik dengan kelainan yang ditampilkan terutamanya
dari segi melodi, vokal dan susunan lagu. Dari sudut lirik, lagu ini mengekalkan inti pati
persahabatan dan ke'inteam'an (keakraban) yang sinonim dengan kami tetapi melalui
kaedah yang lebih santai dan terkini.”
Mestica :
“Alhamdulillah tentunya Mestica berasa bertuah dan gembira kerana berpeluang
terlibat sama dalam satu projek yang melibatkan bukan sahaja nama-nama besar
dalam industri nasyid Malaysia tetapi juga ramai penggiat seni terkenal dari pelbagai
latar belakang sama ada komposer, penulis lirik, pemuzik sehingga penggiat belakang
tabir.
Ini memberi pengalaman berbeza dan kami dapat bertukar ilmu, idea dan pandangan
antara satu sama lain. Lagi pun sudah lama kita tidak ada satu projek melibatkan ramai
artis nasyid pada skala ini. Diharap karya-karya yang terhasil melalui projek Sahabat
Selamanya akan mendapat tempat di hati peminat dan penggiat seni Malaysia.”
Rabbani :
“Bila diulang dan amati lirik ini:
Sejak mula kita dipertemukan
Terus terjalin keserasian
Seiringan bertatih-tatih bersama
Sering jatuh dan bangun semula
Ada waktu benar kata-katamu
Ada masa tepat pandanganmu
Ada kala bicara tidak sekata
KAU sahabat yang amat memahami
Saat perlu kau pasti di sisi
Tanpa perlu bersumpah atau berjanji
Temanku yang sejati, dihati
Maka inilah gambaran saling tak tumpah perjalanan persahabatan kami dengan
Daqmie juga dengan sahabat-sahabat artis yang turut sama dalam album ini. Tiada
kata yang dapat diluahkan selain syukur yang amat tinggi kepada Allah, juga pastinya
buat Daqmie dan seluruh team kerana melibatkan kami dalam projek pembikinan
album ini.
Semoga persahabatan yang digambarkan dalam bentuk dokumentasi seperti ini akan
terus menjadi mata dan telinga yang sempurna serta mudah-mudahan terus mampu
mendidik jiwa manusia di dunia serba fana.
Terpaling tinggi harapan kami semoga ia juga di’catit’ sebagai saksi untuk menjadi
‘kunci’ atau ‘tiket’ dapat memasuki syurga Allah tertinggi bersama-sama bagi semua
yang terlibat dalam projek ini. Yang baik pastinya daripada Allah Yang Maha Sempurna
dan yang buruk daripada kami serba hina.”
Hijjaz :
“Alhamdulillah… ini adalah satu peluang yang baik buat Hijjaz dan syukur banyak pada
Allah atas ruang ini, dipilih untuk bersama-sama terlibat dalam projek Sahabat
Selamanya ini. Apa yang buat kami lebih rasa seronok lagi, bila Daqmie mengajak lagi
beberapa kumpulan nasyid yang lain, Rabbani In Team dan Mestica. Mereka adalah
sahabat-sahabat seperjuangan Hijjaz. Yang lebih rasa bersyukur lagi, apabila Daqmie
menghadiahkan kami, single baharu dan semuanya ditanggung sepenuhnya oleh
pihak produksi.
Inilah yang dinamakan sahabat, dalam bersahabat memang banyak kenangan pahit
dan manis, tapi untuk projek Sahabat Selamanya ini, adalah kenangan yang cukup
manis buat Hijjaz. Terima kasih pada Daqmie, atas ukhuwah ini, moga projek Sahabat
Selamanya ini mendapat kejayaan yang baik, serta menjadi sebuah kenangan yang
selamanya manis buat kami, sahabat Daqmie.”
Projek yang dicetuskan oleh Daqmie Music Factory ini merangkumi keseluruhan
ekosistem dalam bidang kreatif yang melibatkan peminat, pekerja industri, pengkarya
kreatif, syarikat pengedaran dan pemasaran serta platform-platform media. Daqmie
Music Factory merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan lagu, lirik, MV dan
menjaga intelek Daqmie hampir 30 tahun dalam industri terutamanya muzik nasyid.
Produk yang dihasilkan adalah mengikut kehendak peminat muzik nasyid tempatan
berdasarkan dapatan daripada kajian yang dibuat oleh School of Creative Industry
Management & Performing Arts (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia. Menariknya,
keseluruhan rakaman vokal 10 buah lagu hanya mengambil masa dua minggu dengan
kawalselia penerbit - Alfa Booty. Perkenalan lebih 30 tahun antara Daqmie dan Alfa
Sahabat Selamanya
Lagu:- Alfa Booty/Daqmie ( Indah Karya Publishing Sdn Bhd/Daqmie music factory)
Lirik:- Habsah Hassan (Warner Chappell)
Artis :- Daqmie, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Rabbani
Masih Terlihat Senyummu
Lagu:- Aidit Alfian (Indah Karya Publishing)
Lirik:- Atie ( Legacy Publishing)
Artis :- Daqmie
Tiada Tarikh Tamat
Lagu:- Daqmie (Daqmie music factory)
Lirik:- Ad Samad (Tari Perang Publishing)
Artis :- Inteam dan Jeff A to Z
Apa Khabar Apa Cerita
Lagu:- Halim Ahmad (Neurotic Studio)
Lirik:- Ito Lara (Wahyu Suci Production)
Artis :- Mestica
Manik-Manik Sejahtera
Lagu:- Tam Spider (Taming Sari Music (OP). Luncai Emas Sdn Bhd (SP)
Lirik:- Keon (Luncai Emas Sdn Bhd)
Artis :- Rabbani
Sandiwara
Lagu:- Isman Isam (
Lirik:- Baiduri (Kelarai Sakti Publishing)
Artis :- Hijjaz
Pergi Tak Kembali
Lagu:- KRU
Lirik:- B.Nury (Allahyarham Sohibul Fadil Hj Sabikin )
Artis :- Rabbani dan Daqmie
Layar Keinsafan
Lagu:- Epul Mestica
Lirik:- Mohd Adib
Artis :- Mestica dan Daqmie
Kasih-Kekasih
Lagu:- Manis Helma
Lirik:- Ito Lara (Wahyu Suci Production)
Artis :-Inteam dan Daqmie
Fatamorgana
Lagu:- Kamal Halim
Lirik:- Kamal Halim
Artis :-Hijjaz dan Daqmie
persefahaman tinggi membuatkan kerja-kerja studio lebih mudah. Keseluruhan
proses rakaman dan adunan dilakukan di Rumie Music Lab.
Ucapan penghargaan khas khususnya buat Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (KKOMM) atas sokongan yang diterima Daqmie Music Factory menerusi
pemberian Dana Kandungan Kreatif (DKD). Juga kepada pihak (SCIMPA) Universiti
Utara Malaysia atas kerjasama padu dalam memastikan album ini menjadi kenyataan.
Tambahan juga penghasilan album ini menjadi Projek tahun Akhir bagi sahabatsahabat sekuliah dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif UUM.
Adalah diharapkan menerusi penghasilan album khas Sahabat Selamanya ini, irama
nasyid yang suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena sehingga ke pentas yang
penuh berprestij di Royal Albert Hall, London kembali menyinar semula dalam industri
muzik Malaysia ke peringkat global.
Album Sahabat Selamanya ini bakal menemui peminat di seluruh platform digital serta
dimuat naik ke platform Youtube Daqmie Official pada 9 Oktober bersempena
sambutan Maulidur Rasul. Semoga dengan sambutan bulan kelahiran baginda
Rasulullah ini dapat merapatkan ukhwah sahabat-sahabat Daqmie yang terlibat secara
keseluruhannya
– TAMAT -
ALBUM: SAHABAT SELAMANYA
Penerbit Eksekutif :- Daqmie
Penerbit :- Alfa Booty
Pengurus Projek : Azmi Jamsari
Penerbit Vokal:- Daqmie & Alfa
Susunan Lagu:- Alfa Booty
Penyelaras Rakaman:- Ahoi & Ijan
Team Pengurusan : Azmi Jamsari, Hanie Razali, Redzuan Rosli
Komunikasi Korporat : Nila Kurnia, Noorhafizatul Sarah
Grafik & Multimedia : Mareaty Johari. Nuwal Asyran, Que Ari Azahari
Pemasaran : Daqmie Music Factory
Jurutera Muzik :- Ratno Junaidi & Faiz Asyraf
Mixing:- Rumie Booty
Mastering :- Rumie Music Lab
Studio :- Rumie Music Lab
Muzik Video : Saudagar Seni