Selain tawaran diskaun pakej perkahwinan yang lumayan, Wedding Showcase 2025
yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 7 malam turut menarik pengunjung dengan pelbagai aktiviti hiburan, fesyen, dan sesi kecantikan interaktif, menjadikannya destinasi sehenti bagi perancangan majlis impian.
Pameran ini bukan sekadar platform perniagaan, tetapi juga sebuah festival pengalaman.
“Pameran ini kita lakukan untuk memperkenalkan dan mempromosi setiap pakej servis yang ada di mana kami ada kesemua perkhidmatan dari penyediaan dewan, katering, andaman, fotografi, cenderahati majlis dan sebagainya.“Bakal pengantin tidak perlu risau kerana segala-galanya ada di bawah satu bumbung dan ini membantu menjimatkan masa di samping memudahkan pihak keluarga,” katanya.
Siti Hajar menambah, pihaknya menyasarkan sehingga 1,000 tempahan sepanjang acara ini berlangsung, didorong oleh insentif yang ditawarkan.
Ketua Pegawai Operasi Sidah Catering, Siti Hajar Mohd Anuar, dalam sidang media selepas majlis pelancaran, mengesahkan kejayaan pameran tersebut.
Daya penarik utama showcase ini terletak pada promosi yang tidak masuk akal.
Para pengunjung berpeluang menikmati diskaun pakej perkahwinan sehingga RM10,000 malah untuk memudahkan perancangan kewangan, pihak penganjur turut memperkenalkan perkhidmatan "Book Now, Pay Later" yang membolehkan tempahan dibuat dengan deposit serendah RM1,000.
Lebih mengujakan, hadiah-hadiah lumayan turut menanti. Setiap tempahan melayakkan pelanggan menyertai Cabutan Bertuah untuk memenangi percutian bulan madu 3 Hari 2 Malam ke Bali.
Selain itu, Lucky Spin menawarkan peluang memenangi barangan elektrik berjenama Russell Taylors dan pelbagai hadiah menarik lain.
Pendek kata, Wedding Showcase 2025 kali ini tampil berbeza dengan pengisian acara yang interaktif.
Elemen fesyen dipertaruhkan melalui Peragaan Pakaian Pengantin, memaparkan rekaan terbaharu dari kolaborator seperti Fiz Classic Bridal.
Bakal pengantin wanita pula dapat menimba ilmu dalam sesi Tutorial Make Up Pengantin (secara langsung) di samping peluang menikmati touch up make up percuma.
Suasana pameran dihangatkan lagi dengan persembahan bertenaga dari band OJKustik Entertainment dan tarian dari Senada Tari, serta kemudahan 360° camera untuk merakam momen terindah sebagai kenangan.
Kejayaan acara ini disokong oleh rakan=rakan kolaborasi ternama, termasuk Hidayah Maju, Syed Bistro, Ryns Avenue Group, Pro Media Broadcast, Faridism Production, Ayum Primadona, Kazoku Gift & Event, Fiz Classic Bridal, Zamirazfar, OJKustik Entertainment, KUHOT, Senada Tari, Zamir Azfar dan DCB Party & Event, termasuk syarikat katering utama seperti Sidah Catering, yang turut membuat Perarakan Masuk Krew Pelayan.
Pameran turut menjanjikan kepuasan perut melalui sesi food testing, live cooking session, serta hidangan percuma seperti popcorn, aiskrim dan apam balik.
Pameran turut menjanjikan kepuasan perut melalui sesi food testing, live cooking session, serta hidangan percuma seperti popcorn, aiskrim dan apam balik.