THE LORD MUSANG KING


Selepas menjalani 21 hari Penggambaraan filem yang mengangkat usahasama antara industri 
perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan, filem berjudul THE LORD 
MUSANG KING akhirnya bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh 
pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.
Pada Majlis Malam Gala, Tayangan Perdana Filem The Lord Musang King yang diadakan di GCS 
LALAPORT hari ini, ia bertujuan meraikan kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea 
Selatan disamping menghargai sokongan seluruh industri perfileman tempatan untuk membawa 
lebih banyak lagi filem tempatan ke peringkat lebih tinggi.
Meskipun The Lord Musang King merupakan filem sulung terbitan HUNDRED YEARS POPCORN 
PRODUCTION SDN BHD yang dimiliki oleh Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu, namun 
pengalamannya selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi 
keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang 
seiring.
Filem Malaysia pertama arahan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho yang sebelum ini 
terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King, berharap dapat 
diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya 
dipawagam seluruh negara.
Filem ini juga mendapat sokongan daripada KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD)
melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) menerusi DANA KANDUNGAN 
DIGITAL (DKD).
Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris ini mengangkat kisah 
Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi 
menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan 
antarabangsa untuk membebaskan anaknya. Namun, Samad dibunuh 'taikun' Korea Selatan ketika 
cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela 
atas kematian bapanya. Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan 
rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang
pembunuhan ke muka pengadilan.
The Lord Musang King dibarisi dengan pelakon pelakon seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa 
Adlynn, Jay Iswazir, Azri Sabri , Eddie Chow yang juga merupakan penerbit filem ini dan pelakon 
hebat Korea Selatan iaitu Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan