KENYATAAN MEDIA KONSERT 25 TAHUN RABBANI


Kerajaan Negeri Johor menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) buat julung kalinya 
berkolaborasi bersama Rabbani Empire Resources dalam penganjuran Konsert 
25 Tahun ‘Simponi Kesyukuran Rabbani’.
Program konsert yang pertama kali dilaksanakan oleh YWJ ini akan diadakan di 
Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor pada 30 Disember 2022
pada jam 8.30 malam.
Untuk makluman, program ini merupakan inisiatif di bawah Unit Kesenian Islam, 
YWJ. Sebelum ini, program Kesenian Islam hanya menganjurkan program 
berkonsepkan bengkel muzik dan kelas muzik moden atau tradisional sahaja. 
Namun, pada tahun ini YWJ telah berkolaboratif bersama kumpulan nasyid 
Rabbani menganjurkan program bersifat konsert.
YWJ telah memilih kumpulan nasyid Rabbani atas sebab populariti dan 
perjuangan Rabbani yang masih bertahan dalam industri muzik nasyid selama 
lebih dua dekad.
Penganjuran program konsert ini bertujuan meningkat kefahaman, kesedaran 
terhadap genre nasyid dan menanam semangat jati diri masyarakat melalui 
bait-bait dalam lirik lagu yang disampaikan.
Antara objektif utama penganjuran konsert adalah memberi peluang kumpulan 
Rabbani untuk mendekati para peminat secara lebih dekat dan ianya satu 
bentuk penghargaan kepada mereka yang banyak menyokong perjuangan 
seni Rabbani selama 25 tahun.
Selain itu, gabungan kepelbagaian bentuk muzik nasyid pada konsert itu adalah 
satu keunikan yang akan menarik minat masyarakat khususnya golongan belia 
untuk meminati irama nasyid khususnya di negeri Johor.
Malah, masyarakat juga akan menghargai nilai-nilai yang ada dalam irama 
nasyid di samping mewujudkan kesedaran dalam memupuk semangat 
perpaduan sekaligus menyemarakkan lagi keharmonian rakyat di negeri ini.
Kelangsungan kesenian dan kebudayaan terutama irama nasyid diharap dapat 
mengimbangi pembangunan holistik di negeri Johor.
Konsert yang berlangsung selama 2 jam itu turut menampilkan beberapa artis 
jemputan seperti Mawi, Hijjaz, Daqmie, Dinie Juri dan Aeydan serta penglibatan 
barisan pemuzik dari Yayasan Warisan Johor.
Persembahan yang bertemakan “Simfoni Kesyukuran Rabbani” juga akan diiringi 
dengan muzik Okestra dan perkusi, selain itu juga mengandungi, Qasidah, Tarian 
Sufi Munajat dan juga Sajak Pertarungan berserta Pentomen. 
Bersesuaian dengan pengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan 
berlangsung beberapa segmen antaranya, pembukaan dengan kemunculan 
awal Rabbani dengan konsep Andaslusia, seterusnya Nolstagia nada Murni, 
Kebangkitan Nasyid, Tribute dan akhir sekali era pandemik dan terkini.
Pasti mengamit kerinduan dan juga semangat untuk semua lapisan masyarakat 
bersesuaian dengan maksud Rabbani itu sendiri iaitu Yang Arif dan Yang Soleh 
dengan erti kata lain ingin mengajak diri, keluarga dan masyarakat supaya 
berilmu dan beramal soleh.
Semua peminat dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan KONSERT 25 TAHUN 
RABBANI ini bersama keluarga, sahabat andai, dan semua lapisan masyarakat 
kerana ini bukan sekadar konsert, tetapi membawa hiburan yang mendidik jiwa. 
Kita bangkit bersama dari ujian pandemik. 
Untuk makluman, tiket untuk konsert ini dijual pada harga RM58, RM88, RM128 
dan RM188.
Dalam pada itu, setinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada rakanrakan kerjasama, rakan sinergi Rabbani seperti MATHAF Malaysian Thailand Halal 
Food Festival, Jamil Teluk Belanga, Aman Palestin Johor, Rabbani FC, Munsyid 
Malaysia dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi 
menjayakan konsert ini.
Akhir sekali, besarlah harapan kami agar semua pihak dapat menguar-uarkan 
berita baik ini ke media sosial masing -masing agar menjadi satu ibadah dan 
perjuangan kita bersama memartabatkan irama nasyid tanah air Malaysia.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan