
KUALA LUMPUR 4HB Februari 2023-Sebuah agensi dibawah Tik Tok Malaysia.KamiSempoi International Agency [KSIA] telah mengorak selangkah lagi kehadapan dengan pelancaran Pejabat Urusan KamiSempoi International Agency cawangan Kuala Lumpur yang bertempat di Quill City Mall,Kuala Lumpur.
To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee di media social Tik Tok berkata,
'Saya mula menggunakan aplikasi Tik Tok pada awal tahun 2021, dan saya telah menjadi viral pada bulan ogos dalam tahun yang sama dimana #KAMISEMPOI yang digunakan pada masa itu telah menjadi trending yang mana kini telahpun mencapai jumlah tontonan 3.8B.
KSIA telah ditubuhkan pada 12 Disember 2021 setelah dilantik sebagai salah satu agensi dibawah pihak pengurusan Tik Tok Malaysia Pejabat urusannya berpengkalan di Negeri Melaka dengan hanya bermula dengan kekuatan 7 orang 'team members', kini KSIA mempunyai 26 orang yang bersama-sama dalam menjayakan visi dan misi syarikat Pakcik Chinswee Sdn Bhd,yang mengendalikan operasi KSIA
Menurutnya lagi,Tahun 2022 merupakan tahun permulaan yang amat membanggakan kerana KSIA berjaya menjadi agensi yang mencungkil bakat atau dalam bahasa Inggeris 'talent agensi' no.1 di dalam platform Tik Tok.
Platform Tik Tok bukan sekadar untuk mencari hiburan semata-mata,platform ini juga telah melahirkan bakat baru dunia hiburan, malah mereka juga boleh menjana pendapatan melaluinya.KamiSempoi International Agency berpandangan bahawa,sebuah agensi mencari bakat perlulah membimbing mereka ini sehingga bergelar seorang 'influencer' di luar daripada platform ini dan juga,mengubah persepsi umum terhadap fungsi platform Tik Tok ini. KSIA mahukan platform ini menjadi platform menyampaikan informasi semasa,tempat mencipta jalinan perhubungan perniagaan dan bermacam lagi.
KSIA mahu platform ini juga menjadi tempat untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap sesuatu kempen yang dijalankan oleh mana-mana NGO.Hari ini,KSIA akan memeterai hubungan kerjasama bersama Kelab Wanita Ikon Malaysia ataupun KWIM untuk menjayakan.