KUALA LUMPUR, 7 FEBRUARI 2023 – Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu
nama yang asing. Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu
malar segar seperti Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan
Salam, serta banyak lagi.Al-Jawaher dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, Normala,
Habibah, Norhaiyati dan Latifah.
Setelah 44 tahun berkecimpung dalam industri muzik, buat julung kalinya Al-Jawaher
mempertaruhkan single terbaharu mereka dalam Bahasa Inggeris dan Arab, BRING ME CLOSE TO
YOU. Pengambaran video muzik ini dilakukan di sekitar Melaka.
Ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran muzik antarabangsa
sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam. Untuk
itu, single BRING ME CLOSE TO YOU juga akan dilancarkan sempena Israk Mikraj.
BRING ME CLOSE TO YOU adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut
mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.
BRING ME CLOSE TO YOU boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 17
Februari jam 12 tengah malam manakala video muzik BRING ME CLOSE TO YOU boleh ditonton
di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.
"Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik. Ini merupakan kerjasama bersama Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa."