
Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 – Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan
kerjasama KL Gateway Mall akan mengadakan Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) pada 10,11 dan
12 Mac ini.
Tosfe bakal menemui pecinta pecinta sambal dengan lebih 100 jenis sambal yang akan di
pamerkan oleh usahawan usahawan sambal juga produk berasas serta berkaitan sambal.
Selain sambal sambal Malaysia sebagai pempamer utama , pecinta sambal juga berpeluang
menikmati juga membeli sambal sambal dari Pavillion Negara Asia seperti Indonesia, Korea,
Vietnam, Pakistan juga Thailand.
Menurut pengerusi PSWAD, Azmi Jaffry Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan
kepelbagaian makanan , antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah
“Sambal”. Sambal belacan misalnya wajib menjadi “ Hero Menu” di setiap hidangan di rumah
atau restoren Malaysia . “ Tak boleh lari orang kata dari sambal ni kalau dah orang Malaysia ,
tidak kira sebagai sambal dalam masakan atau pencicah“, tambahnya.
Sehubungan itu PSWAD bersama rakan rakan strategic mengambil inisiatif untuk mengadakan
fiesta atau Pesta sambal yang di jenamakan sebagai TOSFE. Jika di lihat sambal belacan sahaja
mempunyai pelbagai jenis dan rasa antaranya Sambal belacan tempoyak, Sambal Belacan
Kuinin, Sambal Cermai, Sambal ikan bilis petai dan macam macam lagi.
TOSFE juga adalah salah satu platform mempromosikan sambal sebagai salah satu tarikan
produk pelancongan makanan dan juga sebagai platform memperkenalkan sambal sambal
Malaysia ( terutama sambal sambal eksotik ) yang jarang dijumpai kepada masyarakat
terutamanya golongan muda supaya ia tidak ditelan zaman . Sambal yang di iktiraf sebagai
Sambal Warisan oleh Jawatan Warisan Negara bakal menjadi teraju utama TOSFE. Sambal
tersebut adalah Sambal Tumis, Sambal Tempoyak Daun Kayu,Sambal Rong, Sambal Biji Getah,
Sambal Hitam Ikan Bilis dan juga Sambal Taun.
PERSATUAN SENI WARISAN ARTISTIK DIGITAL MALAYSIA
Lot 30 jln Perindustrian Amari,Pusat Industeri Amari Kawasan Perindutrian ,68100 Batu caves Selangor.
email : swatv.com@gmail.com portal : www.swatv.my.
Azmi berkata antara tarikan utama aktiviti adalah demo masakan Sambal Warisan oleh Chef
Selebriti , pertandingan makan sambal , pertandingan fesyen tradisional, cabutan bertuah,
Award Menu Inovasi Sambal, Pertandingan Sambal Tik Tok , persembahan artis dan busking.
Selain aktiviti pameran serta jualan TOSFE juga turut mengadakan bengkel bengkel
memperkasa usahawan sambal PKS seperti “Seminar penjenamaan dan media , Bengkel
Digital Media, “sharing session bersama Icon Sambal , peluang jaringan perniagaan di dalam
dan luar negara dan lain lain lagi.
Rakan rakan strategik yang bakal bersama sama menjayakan TOSFE setakat ini adalah Sambal
Mak Jenny, KL Gateway Mall, Product Ayu Damit usahawan cili, Seniman, PGDM, Chicken
Royale, My Pentas , Benang Emas Bridal House , Sambal Mak Esah – Shahrifah Shahirah dan
Wan Det sebagai penaja Streaming.
Pihak PSWAD mengalu –alukan lebih ramai pihak pihak swasta dan agemsi kerajaan untuk
turut sama sama menyertai TOSFE .
-END
Tags
Acara