WINGS kembali kembangkan sayap menerusi Showcase Semarakkan Malam Cinta Ramadan

MENGOTAKAN janji mereka mahu berehat panjang selepas menunaikan umrah di Makkah pada 
November lalu, kumpulan rock legenda Wings kini kembali mengembangkan sayap mereka untuk 
kemunculan pertama tahun ini. 
Mengulangi tradisi yang sering dilakukan setiapkali Ramadan, Datuk Awie bersama anggota Wings 
iaitu Syam (gitar), Edrie (gitar), Eddie (bass) dan Black (dram) bakal tampil
menerusi Showcase Semarakkan Malam Cinta Ramadan di Berjaya Times Square Hotel, Kuala 
Lumpur pada 8 April ini.
 Datuk Awie berkata, Wings sangat gembira apabila program berbentuk positif yang dianjurkan 
saban tahun ini mendapat sambutan menggalakkan dari peminat setia mereka. 
 "Mereka ternyata tertarik dan suka dengan konsep yang ditampilkan kami menerusi showcase ini 
kerana ada pengisian tersendiri.
 "Malah ada yang pernah menyaksikan persembahan tahun-tahun sebelumnya, setia menanti 
persembahan untuk tahun ini pula.
 "Manakala kami pula, yang berehat sejak Januari lalu, tidak sabar untuk bertemu peminat dalam 
showcase yang boleh dikatakan sebagai 'pemanas enjin' untuk 2023," katanya. 
 Sudah tentu Wings menyusun jadual seni yang padat selepas Aidilfitri untuk menyamai atau 
mungkin lebih lagi seperti yang diraih seperti tahun lalu. 
 Inilah limpahan rezeki yang disangka hasil kurniaan yang Maha Esa selepas lebih dua tahun mereka 
berehat disebabkan pandemik Covid-19. 

Datuk Awie berkata, biarpun menyampaikan lagu-lagu berkonsep dakwah, Wings tetap 
menjanjikan persembahan yang mantap dan menghiburkan untuk semua yang hadir nanti.
 "Lagu-lagunya bersempena bulan Ramadan tapi kami tidak akan berkompromi tentang soal kualiti 
persembahan.
 "Manakala kami pula, yang berehat sejak Januari lalu, tidak sabar untuk bertemu peminat dalam 
showcase yang boleh dikatakan sebagai 'pemanas enjin' untuk 2023," katanya.
Sudah tentu Wings menyusun jadual seni yang padat selepas Aidilfitri untuk menyamai atau 
mungkin lebih lagi seperti yang diraih seperti tahun lalu.
Inilah limpahan rezeki yang disangka hasil kurniaan yang Maha Esa selepas lebih dua tahun mereka
berehat disebabkan pandemik Covid-19.
Datuk Awie berkata, biarpun menyampaikan lagu-lagu berkonsep dakwah, Wings tetap
menjanjikan persembahan yang mantap dan menghiburkan untuk semua yang hadir nanti.

"Lagu-lagunya bersempena bulan Ramadan tapi kami tidak akan berkompromi tentang soal kualiti persembahan.

"Sudah tentunya ia berbaloi dengan wang ringgit yang dikeluarkan mereka untuk menyaksikan
persembahan istimewa ini.
"Mereka dapat berbuka puasa, beribadah dan seterusnya santai-santai menikmati persembahan
yang kami bawakan," katanya.

Selain lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian bagi mengambil keberkatan bulan suci
Ramadan, Wings turut akan membawakan lagu raya dan beberapa lagu hits Wings sebagai bonus.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Showcase Semarakkan Malam Cinta Ramadan anjuran HS Event &
Ent Sdn Bhd ini dibahagikan mengikut kategori tertentu iaitu Table VVIP RM15,000 untuk satu
meja memuatkan 10 orang,

Table VIP RM12,000, Table Platinum RM8,000, Table Gold RM6,000 dan Table Silver RM4,000.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Zul S2W (019-2888092), Ayob Abdul Majid (019-
3682548), Hatta (018-2239934), Shasha (011-33000017), Azrin (019-4944451), Pak Abu (019-
3721756).






















 
































Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan