YUNA PERSEMBAH EP 4-TREK BERJUDUL ‘MASIH YUNA’ Setelah 6 Tahun, Penyanyi-Penggubah Lagu Bertaraf Antarabangsa Kembali Dengan EP Melayu Sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 21 July 2023 – Srikandi muzik yang tidak pernah kenal erti lelah dalam perjuangan seninya, penyanyi-penggubah lagu bertaraf antarabangsa, anak kelahiran Malaysia, Yuna mempersembahkan sebuah EP (extended play) berjudul ‘MASIH YUNA’ dengan 4-trek dalam Bahasa Melayu sepenuhnya buat halwa telinga pendengar di Malaysia yang sudah lama tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu darinya, lagu-lagu yang terkandung dalam EP ini adalah Menanti, Asing, Masih Sunyi.
“Salah satu trek yang terkandung dalam EP ini adalah lagu Camaraderie yang menceritakan tentang kepercayaan terhadap sesebuah perhubungan atau persahabatan yang telah berakhir, saya pasti semua orang pernah mengalami perasaan dikhianati oleh seseorang yang rapat, segala kepercayaan itu hilang dan proses ‘healing’ itu agak berat tetapi jangan biarkan perasaan itu mengawal diri, kita perlu bangkit dan terus maju ke hadapan dengan penuh keyakinan.
Menurut Yuna, lebih kurang dua bulan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan EP dan hanya di lakukan di rumah sahaja di Los Angeles, Amerika Syarikat, katanya, “Saya hanya membataskan selama tiga jam sahaja tempoh bekerja di hadapan komputer dan perlu disiplin ambil masa untuk berehat kerana tidak mahu terlalu ‘overwork’, lagi pula tidak bagus jika terdedah dengan bunyi yang kuat dalam jangka masa yang lama.
Single Menanti yang telah dilancarkan pada 18 Mac lalu turut dihasilkan dengan sebuah video lirik yang menampilkan visual menarik menggamit emosi ‘sendu’ para penonton.
“Setakat ini, hanya video lirik Menanti sahaja yang dihasilkan dan lain-lain masih lagi dalam perancangan.
“Saya harap peminat semua akan sukakan EP MASIH YUNA ini kerana ianya sangat istimewa, dan saya seronok menghasilkannya. Dan buat mereka yang baharu mula mengenali muzik saya, ini adalah peluang terbaik buat anda untuk lebih menghargai karya-karya saya, terima kasih kepada peminat yang selalu menyokong dari mula hingga sekarang. 
“Perjalanan muzik saya di Malaysia dan juga Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang mudah, terlalu banyak cabarannya dan adakalanya saya rasa putus asa, tapi peminat-peminat Malaysialah yang selalu memberi kata-kata semangat, jadi EP ini adalah hadiah buat anda!
Lagu-lagu yang terkandung dalam EP MASIH YUNA boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 
Manakala audio single dan video lirik EP tersebut boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna.




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan