Pejabat Presiden MAPIM melalui Sekretariat International Wakaf and Infaq Al Aqsa MAPIM
berbesar hati menjemput semua rakan media utama dan hiburan, pengamal media sosial baru
dan yang lain – lain untuk hadir ke majlis pelancaran seperti tersebut di atas seperti ketetapan
berikut:
NAMA PROGRAM
: MAJLIS PELANCARAN WAWASAN ARTIS INFAQ SENI (WAFI)
TARIKH/ MASA
: 28 JULAI 2022 (KHAMIS) 12.00 – 1.30 tengahari
TEMPAT
:KARNIVAL UMMAH BESTARI, ARAS 3,
DEWAN LAYPARK, PERTAMA KOMPLEKS,
KUALA LUMPUR.
Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI) adalah inisiatif sekumpulan insan seni atau artis
selebriti di Malaysia untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan dengan berinfaq melalui talent
atau bakat seni mereka dan pengaruh mereka mengajak peminat bersama – sama dalam
kerja kebajikan dan kemanusiaan. Perkumpulan ini juga menjadi satu entiti dengan
menyokong usaha Sekretariat International Wakaf dan Infaq Aqsa anjuran MAPIM yang
sedang berjalan sepertimana yang telah sedia maklum sejak pelancaran di Majlis Iftar Amal
MAPIM di Ibu Negara Ramadan lalu.
Sempena Karnival Ummah Bestari yang sedang berlangsung anjuran Naurah Care
Malaysia dan Rabbani Empire Resources, WAFI akan dilancarkan secara rasmi.
Sehubungan itu, MAPIM selaku NGO Induk kepada inisiatif ini berbesar hati menjemput
semua rakan media ke majlis perasmian pelancaran tersebut yang akan disempunakan oleh
YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri
Perpaduan Negara pada masa, Tarikh dan tempat seperti di atas. Satu sidang media akan
diadakan sejurus tamat pelancaran tersebut.
Sebarang pertanyaan dan perhubungan atau pengesahan kehadiran mengenai program
tersebut boleh berhubung dengan Haji Amirul bin Haji Salamat di 019 9810879/
0192357660
Yang Benar
..............................................
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM