KUALA LUMPUR: berkongsi pelbagai jenis makanan kesukaannya di laman sosial, Nabila Huda mungkin dikenali sebagai antara selebriti yang cukup terbuka dan jujur dalam kalangan peminat. Malah ada yang menjadikan pelakon dan pengacara ini sebagai rujukan untuk mencuba makanan serta masakan terbaharu.
Bagaimanapun sebagai seorang selebriti, Nabila atau lebih mesra disapa Abil juga mengakui bukan mudah untuk dirinya memastikan bentuk badannya sentiasa kekal langsing. Selain bersukan, antara yang turut dilakukan Abil juga adalah untuk mengawal pengambilan makanannya dan mengamalkan pengambilan produk detoks.
Berkongsi apa yang dilaluinya dalam memastikan dia mendapat bentuk badan yang ideal, Abil turut menjelaskan perbezaan umur dan persekitaran seseorang itu juga harus diambil kira sebelum seseorang itu mahu berusaha mengurangkan berat badan. Tambahnya tidak semua diet yang diamalkan sesuai dengan bentuk badan seseorang.
Berpengalaman luas selain menjadikan ilmu yang dimilikinya untuk membantu mereka di luar sana, Abil kini muncul dengan produk Frutti Tutti. Merupakan makanan tambahan berasaskan serat epal, jus ini juga mengandungi nutrien yang sesuai untuk pembersihan tubuh badan dan pengurangan berat badan.
Enggan membandingkan produk yang diasaskan dirinya ini dengan produk detoks lain di luar sana, jelas Abil menjadi impiannya untuk melihat pengguna produk Frutti Tutti merasai sendiri perbezaan yang dibawakan produk ini.
“Ini adalah jus serat epal yang pertama dikeluarkan pada November 2021, melalui produk ini saya bukan sahaja mahu membantu mereka yang ingin kurangkan berat badan tetapi memberi keyakinan untuk mereka tampil berbeza.
“Selain itu, saya juga tidak sekadar mahu mempromosikan soal penampilan, tetapi bagaimana penggunaan Frutti Tutti juga harus bersedia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat. Cantik dan sihat dalam waktu yang sama, itu yang ingin saya tekankan mengenai produk ini,” katanya.
Sementara itu antara yang ditawarkan Abil melalui Frutti Tutti juga adalah peluang buat orang ramai di luar sana untuk menjadi usahawan. Melihat kemampuan produk ini diterima dengan baik pengguna, tidak mustahil untuk Frutti Tutti mampu membantu mereka yang ingin menambah pendapatan secara tetap atau sampingan.
“Kami di Frutti Tutti ingin menawarkan mereka di luar sana untuk menjadi ejen atau stokis kami dalam memasarkan produk ini di seluruh Malaysia. Melalui pelbagai kelebihan yang ditawarkan saya yakin ini adalah peluang yang baik untuk anda untuk menjadikan ini sebagai salah satu kerjaya pilihan.
“Selain pengurusan yang baik, antara yang akan kami pastikan juga untuk memastikan Frutti Tutti terus menjadi produk makanan tambahan pilihan adalah melalui promosi berterusan.
Malah bagi mereka yang baharu bermula kami juga akan menyediakan latihan yang sesuai,” tambahnya lagi.
Sementara itu Frutti Tutti sudah pun berada di pasaran sejak Mac lalu dan dijual pada harga
RM79.90 untuk sekotak. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini
boleh melayari laman web https://www.fruttitutti.org/.
RM79.90 untuk sekotak. Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini
boleh melayari laman web https://www.fruttitutti.org/.
Tags
Bisnes