Anna Jobling duta Jamu Mutyara, perkenal produk baharu

 


Anna Jobling duta Jamu Mutyara, perkenal produk baharu
Berbeza di Indonesia, amalan meminum jamu adalah satu kebiasaan yang dimulakan gadis 
seawal 13 tahun. Namun di Malaysia sendiri amalan ini cukup asing, malah ada yang skeptikal 
akan keberkesanan yang dijanjikan minuman herba ini.
Tidak melihat ini sebagai halangan untuk memperkenalkan Jamu Mutyara, siapa sangka 
selepas lima tahun berada di pasaran, Jamu Mutyara kini menjadi antara produk 
pilihan wanita di negara ini.
Sekali gus berjaya memecahkan stigma masyarakat di negara ini terhadap minuman herba 
tersebut. Bercakap mengenai Jamu Mutyara yang diformulasi secara turun termurun oleh 
keluarga pemilik jenama ini Tya Arifin, ternyata wanita yang berasal dari Palembang, 
Indonesia ini yakin akan potensi produk keluarannya ini.
Berbeza dengan jamu tradisional, antara faktor utama mengapa Jamu Mutyara menjadi 
pilihan adalah melalui rasanya yang enak. Menurut Tya fokus utamanya dalam menghasilkan 
Jamu Mutyara adalah melalui bahan bahan yang berkhasiat selain mempunyai manafaat yang 
baik.
“Selalunya jamu kita bayangkan pahit tidak sedap. Sebab itu bila hasilkan Jamu Mutyara lima 
tahun lalu fokus saya adalah untuk pastikan jamu ini sedap selain mengekalkan khasiat sedia 
ada.
“Melalui bahan-bahan dalam Jamu Mutyara ini sendiri anda boleh lihat kepentingan untuk 
tubuh badan kita terutamnya wanita,” jelasnya.
Peka dengan permintaan pengguna, terkini Jamu Mutyara juga muncul dengan produk Jamu 
Mutyara terbaharu. Berkongsi mengenai Jamu Mutyara dengan formulasi berbeza tanpa gula 
kini, jelas Tya ini adalah satu lagi kejayaan penting buat jenama ini.
“Kita tahu ramai wanita di luar sana yang memerlukan produk yang menepati pilihannya. 
Seperti di Jamu Mutyara kami sentiasa mengambil berat akan setiap maklum balas pengguna.
“Melalui formulasi baharu ini kami hasilkan Jamu Mutyara tanpa gula. Namun di 
sebalik produk baharu ini apa yang penting khasiat yang tersedia dalam setiap produk Jamu 
Mutyara masih sama,”katanya.

Sementara itu memperkenalkan Anna Jobling senagai duta untuk Jamu Mutyara, jelas Tya dia 
yakin dengan kerjasama ini dapat memperluaskan lagi golongan sasaran untuk produk 
keluarannya ini.
“Sebagai antara pelakon popular kini Anna dilihat menjadi pilihan terbaik untuk mewakili 
Jamu Mutyara.
“Paling penting bagaimana Anna yang berusia 22 tahun juga yakin dengan keberkesanan Jamu 
Mutyara ini selain turut mengamalkannya,”jelasnya.
Bersempena perlancaran produk terbaharu ini Jamu Mutyara juga turut dijual dengan harga 
pengenalan RM69 bermula 18 Ogos ini sehingga 22 Ogos depan.
Bagi yang ingin mendapatkan Jamu Mutyara, pembelian boleh dibuat melalui Usahawan 
Mutyara atau melayari laman web www.mutyara.com. Selain itu produk ini juga boleh 
didapati di Shopee atau menghubungi kami di talian 012-920 9011.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan