FRANCAIS KOMEDI AKSI BLOCKBUSTER NO 1 MALAYSIA,ABANG LONG FADIL 3 SEDIA GEGARKAN PAWAGAM TANAH AIR
Petaling Jaya,2 Ogos 2022-Francais komedi aksi ''blockbuster''no 1 Malaysia, Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbarunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8-September depan. filem terbitan oleh penerbit gergasi tahan air, Skop Productions dan Astro Show ini menjanjikan lebih padat aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yg boleh dibanggakan.
Abang Long Fadil 3 sekali lagi mendapat sentuhan dan idea asal oleh pengarah cukup berkaliber, Syafiq Yusof. Syafiq amat terkenal dengan filem-filem pecah panggung dan digelarkan sebagai pengarah yg sukakan tampilkan ''twist'' plot seperti Abang Long Fadil, misteri Dilaila,KL Special Force, Penunggang Agama.
Antara kekuatan dan kelainan dalam Abang Long Fadil 3 adalah comeback kumpulan JOZAN,Zizan Razak dan Johan selepas setengah dekad. Malah, menerusi klip teaser filem yg menampilkan kedua-dua pelakon ini telah menerima respon baik dan