KUALA LUMPUR, 21 September 2022 - Bersempena dengan Hari Farmasi Sedunia 2022,
CARiNG Pharmacy melancarkan CariDoctor, perkhidmatan preskripsi elektronik yang serba
baru, sebagai satu solusi penjagaan kesihatan yang terbaru dan paling inovatif. Perkhidmatan ini
membantu para pelanggan untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan secara percuma
dan segera tentang gejala ringan yang tertentu di semua cawangan CARiNG Pharmacy dan
cawangan Georgetown Pharmacy serta Wellings Pharmacy yang terpilih di seluruh negara.
Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy merupakan ahli CARiNG Pharmacy Group.
Hasil kerjasama dengan rakan-rakan doktor, CARiNG Pharmacy Group menubuhkan satu solusi
sehenti untuk keperluan penjagaan kesihatan para pelanggan. CariDoctor membolehkan para
pelanggan mendapatkan khidmat nasihat profesional dan preskripsi perubatan oleh doktor yang
disahkan untuk keperluan perubatan yang tertentu, sebelum mendapatkan khidmat nasihat
lanjutan. Memandangkan
keperluan kesihatan di kalangan para pelanggan berbeza,
pendekatan yang lebih peribadi hasil usahasama dengan doktor-doktor perubatan terbukti
efektif dalam membantu keperluan tertentu para pelanggan.
Dengan menggunakan platform atas talian yang khusus, para pelanggan yang perlu bertemu
doktor bagi mendapatkan keperluan perubatan dibolehkan untuk berkomunikasi dan
mendapatkan khidmat nasihat secara segera oleh para profesional yang terlatih untuk
pengurusan pesakit secara maya dengan efektif menggunakan peranti mudah alih.
Sehingga kini, CARiNG Pharmacy Group sentiasa memperkenalkan pelbagai perkhidmatan
farmasi yang khusus bagi memenuhi keperluan masyarakat. Maka, bersempena Hari Farmasi
Sedunia pada 25 September 2022, CARiNG Pharmacy Group mempromosi kesihatan dan gaya
hidup yang lebih sihat dengan mendidik masyarakat berkenaan perkhidmatan percuma yang
telah tersedia kepada para pelanggan CARiNG Pharmacy pada bila-bila masa. Ini termasuk:
● Pemeriksaan Kesihatan (Ujian Tekanan
Darah, Ujian Kadar Glukosa & Ujian
Kolestrol)
● Jom Kurang Manis (Khidmat nasihat
Diabetes)
● Makan
Berzat
Kekal
Sihat
(Perkhidmatan
Pengurusan
Berat
Badan) service)
● Do It Right (Kempen Pembuangan Alat
perubatan dengan selamat)
● 3C CARING Customer Care (Rekod
MyHealth,
Semakan
Penggunaan
Ubat, Sistem Pemantauan Dos &
Pengurusan Penyakit Kronik)
● Khidmat Nasihat Asthma