PETALING JAYA, 24 SEPTEMBER 2022 - Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan
(KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker merasmikan pembukaan pusat perincian Optimal
Premium Motors Sdn. Bhd. (OPM) dan PrimeX Signature Sdn. Bhd. yang serba baru ‘OPM &
PrimeX Signature’. Turut diumumkan ialah kerjasama mereka bersama TOC Automotive
College (TOC) yang bernilai RM10 juta untuk membina fasiliti industri bersepadu kereta lumba
dan akademi automotif.
Kerjasama ini menyaksikan pembinaan fasiliti seluas 43,000 kaki persegi di Malaysia menjelang
2025. Ianya dilengkapi dengan bilik pameran, pusat pemulihan kereta, perincian kereta,
aksesori, pusat jual beli dan banyak lagi, yang bakal menjadi mercu tanda di Malaysia.
Tambahan pula, sebuah akademi automotif bernama Auto Detailing Academy (ADA) turut
dibangunkan kepada mereka yang ingin menjadikan bidang automotif sebagai kerjaya. Pelbagai
kursus ditawarkan seperti teknologi automotif, kejuruteraan, pemulihan kereta, perincian kereta
dan sebagainya.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata, “Selama
bertahun-tahun, Malaysia telah menarik minat pengeluar automotif global dan tempatan,
menjadikan kita negara ketiga tertinggi dalam permintaan industri automotif di Asia Tenggara.
Dengan pelancaran fasiliti ini, OPM, PrimeX dan TOC bukan sahaja menunjukkan
perkembangan industri automotif Malaysia, tetapi juga menyediakan peluang kerjaya dan
latihan kemahiran kepada para belia dengan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan
yang berguna untuk masa yang akan datang.”.
Encik Simpson Tan, pengasas Optimal Premium Motors berkata, “OPM, PrimeX dan TOC akan
melabur sebanyak RM 10 juta untuk membangunkan fasiliti baru ini sebagai platform
pendidikan automotif kepada belia dan mencipta lebih enam ratus peluang pekerjaan. Ini
termasuk latihan teknikal yang menyeluruh, lengkap dengan maklumat industri terkini sebagai
pemangkin populasi pekerja mahir di negara kita.”
“Kami percaya ini merupakan batu loncatan untuk kami berjaya di mana kepakaran dan
pengalaman peneraju-peneraju industri automotif digabungkan. Usahasama ini pasti mencipta
permintaan yang tinggi terhadap fasiliti kereta bersepadu lumba di seluruh rantau ini dan
membawa industri automotif Malaysia ke peringkat yang seterusnya,” tambah Pengarah PrimeX
Dengan semangat untuk menggalakkan para belia mencapai kecemerlangan, Ketua Pegawai
Operasi (COO) TOC Automotive College (TOC), En. Alfred Foo turut menyatakan usahasama
ini akan membolehkan mereka untuk melangkaui jangkauan mereka dalam menyampaikan
pengalaman pembelajaran automotif dalam pasaran dan lebih penting lagi, menyediakan
sokongan berterusan.
Bukan itu sahaja, OPM dan PrimeX turut menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan
kerajaan, Kelab Harmoni Malaysia sebagai usaha untuk mempromosikan perpaduan melalui
pendidikan dan menyemai para belia di Malaysia. OPM, PrimeX dan TOC teruja untuk
berkongsi usahasama terbaru mereka dengan masyarakat dan akan terus menonjolkan apa
yang ditawarkan oleh industri automotif Malaysia kepada dunia.
###
About Optimal Premium Motors Sdn. Bhd
Established in 2014, OPM is made out of a team of car enthusiasts with over 50 years of
collective experience in the automotive world. OPM specializes in automotive modifications such
as vehicle tuning, servicing & maintenance, race prepping vehicles and supercars & luxury
vehicles.
About PrimeX Signature Sdn. Bhd
Premium Automotive Detailer situated in the heart of Sunway with the goal of delivering quality
workmanship for enthusiasts and their vehicles. PrimeX Signatures’ a one stop hub delivering
services inclusive of premium car washes, engine bay treatments, exterior and interior detailing
as well as paint modifications and more.
About TOC Automotive College (TOC)
Established in 2004, TOC Automotive College (TOC) is the pioneer in professional automotive
education that ensures mobility and employability. TOC Automotive College (TOC) is also a
proud partner with world-class universities from around the world to further lend a strong
foundation and employability to their students and alumni.