BIKO KISAH ANTARA CITA-CITA DAN KELUARGA


 




Petaling Jaya, 5 Oktober 2022 : Tayangan perdana filem drama romantik berjudul “BIKO”
telah diadakan baru-baru ini. Biko bakal ditayangkan kepada umum di pawagam seluruh
negara mulai Khamis, 13 Oktober 2022. Biko menampilkan barisan pelakon seperti Azrel
Ismail, Sara Ali, Josiah Hogan dan juga pelakon cilik yang baru meningkat naik iaitu Syed
Irfan. Tidak ketinggalan, penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu dangdut iaitu Baby Shima
turut menjadi pelakon utama di dalam filem ini. Pengarah filem Biko, Teng Bee pernah
mengarahkan filem biografi “Lee Chong Wei: Rise Of The Legend”.
Biko mengisahkan tentang seorang bapa tunggal, Izwan yang telah lama mengimpikan
kehidupan yang selesa untuk anaknya, Biko. Sebagai seorang pemandu lori, Izwan berusaha
untuk membeli sebuah rumah namun setelah ditipu seorang broker, impian memiliki rumah
kini tertangguh. Keadaan jadi semakin rumit apabila mereka telah dihalau keluar daripada
rumah sewa mereka kerana gagal membayar sewa. Kerana kesempitan wang, Izwan dan
Biko terpaksa menetap di dalam lori. Sherry, rakan baik Izwan serta ibu angkat Biko,
membawa Biko ke uji bakat penggambaran muzik video penyanyi popular antarabangsa,
Sara. Tanpa diketahui oleh orang lain, Izwan dan Sara mempunyai kisah silam bersama.
Filem ini juga dipersembahkan oleh Multimedia Entertainment, GSC, Astro, Six Fun Media
bersama BONIA dan CUCKOO dengan sokongan bersama Codi Cafe, 7 Days dan KHI

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan