Konsert “Masih Tour” Flop Poppy




Perjuangan sebuah band underground di awal 90an untuk ke dunia mainstream adalah sesuatu yang amat
mustahil. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu ditempuh, apatah lagi industri muzik Malaysia ketika itu
masih berkiblatkan aliran rock generasi terdahulu.
Di pertengahan 90an, muncul generasi muzik rock aliran baharu dari ruang bawah tanah [underground]
yang cuba membawa elemen rock yang lebih ringan dan mudah diterima oleh anak muda ketika itu.
Dari pentas-pentas jalanan [gig] dan akhirnya muzik bawaan mereka telah diterima ramai dalam dunia
mainstream sehinggalah ke hari ini. Dari situlah bermula idea dan perjalanan untuk mengembalikan
semula semangat perjuangan dan persahabatan muzik tersebut.
Kemunculan Flop Poppy pada sekitar 1996 merupakan titik tolak mewarnai industri hiburan tanah air.
Vokalis asal Flop Poppy ketika itu, Radhi OAG sering kali menjadi bualan kerana muzik mereka diterima
baik oleh golongan muda.
Pada 2001, Radhi OAG mengambil keputusan untuk meninggalkan Flop Poppy dan menubuhkan sebuah
band baru iaitu OAG. Dari situlah, bermula karier gitaris utama Flop Poppy iaitu Andy membawa legasi
Flop Poppy selaku vokalis utama yang popular dengan single pertama mereka, Cinta ciptaan Fathullah
dan Baby. Cinta juga berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 17 pada 2002 dalam kategori Pop Rock.
Selepas kejayaan Cinta, Flop Poppy mula dikenali dengan lagu-lagu seperti Rest of My Life, Aku dan
Kamu, Atas Nama Cinta, Masih dan banyak lagi. Setelah hampir 3 dekad Flop Poppy bertapak di hati
peminat, kini julung kali Flop Poppy bakal beraksi di Konsert “Masih Tour” Flop Poppy pada 29
Oktober 2022 di Dewan Perdana Suria Ampang, Selangor pada 8.30 malam.
Menurut Andy “Ini adalah sebuah pergerakan dan kami MASIH lagi aktif dalam industri walaupun
beberapa ahli bertukar ganti tetapi saya dan Bakri MASIH membawa nama Flop Poppy”
“Kemunculan OAG bukanlah sebagai band pembukaan tetapi sebagai sebuah penghormatan buat band
tersebut yang pernah berjuang di arus yang sama. Bunkface juga bakal beraksi di pentas yang sama
sebagai pejuang pelapis muda”
Tiket masih boleh didapati menerusi Instagram rasmi Flop Poppy. Terdapat pelbagai hadiah menarik
ditawarkan seperti kasut Converse, hoodie Timberland, Hamper, T-shirt eksklusif Flop Poppy “Masih
Tour” dan banyak lagi. Hadiah utama merupakan sebuah gitar elektrik yang ditandatangani oleh Flop
Poppy, OAG dan Bunkface bernilai RM1,800 turut diberikan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan