Teater “Nyonya” TARIKH : 15 & 16 Oktober 2022 MASA : 3.00 petang & 8.30 malam TEMPAT : Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang TIKET : RM30 & RM50









TENAGA PENERBITAN TEATER NYONYA 2022 @ KUANTAN


SITI ROHAYAH ATAN, PENERBIT
GRADUAN Kewartawanan, Filem dan Penyiaran dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini berpengalaman selama 30 tahun dalam industri seni dan pengurusan acara. Menimba pengalaman selama 10 tahun dalam bidang kewartawanan sebagai wartawan dan editor di Utusan Malaysia memberikan idea kepada beliau untuk menubuhkan syarikatnya sendiri, CTRA Production sejak 2004.
Selain mengarah, menulis dan menerbitkan teater, beliau turut mahir dalam bidang pengarahan serta penulisan. Antara jenis karya beliau termasuklah buku, novel, skrip drama radio, tv dan filem. Antara novelnya yang menjadi ‘mania’ ialah Cinderella, Romeo & Juliet dan Primadona Minden.
Sejak 1996 sehingga 2022, beliau telah menerbitkan hampir 50 teater termasuklah Dara & Makcik Bawang, Muzikal Upin Ipin Pin Pin Pom, Ombak Rindu, 4 Nyonya 4 Dara, Bahara Emas, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Muzikal Upin Ipin, Muzikal Tun Mahathir, Muzikal Lantai T.Pinkie, Lantai T.Pinkie, Muzikal Gamat, Zombie La La La dan  Muzikal Ibu Zain.
Beliau terlibat dalam pengarahan teaternya Mencari Juita, Akulah Perempuan Itu, Nyinya, Dejavu, Dejavu Seorang Wanita, Zombi La La La, Pelayaran Nur Atma.  Terbaru teater muzikal Upin Ipin Pin Pin Pom. Beliau juga adalah penerbit Konsert Lagend Pop Yeh Yeh 2017 dan Malam Kata Kota Cinta 2021 di Istana Budaya.



DR ROSMINAH TAHIR, PENGARAH
DR Rosminah Mohd Tahir adalah antara pelopor penubuhan Akademi Seni Kebangsaan (ASK) 1994 dan seterusnya sebagai Dekan Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 2008 - 2013. Sebagai pendidik, beliau tidak jemu menimba ilmu teater dengan mengikuti kursus-kursus jangka pendek di luar negara  bagi memperluaskannya pula melalui pengajaran serta produksi yang ditanganinya. 
Hingga kini, anak kelahiran Muar, Johor ini telah mengarahkan lebih 50 teater, menulis 15 skrip drama radio, 22 skrip teater, sebuah buku kumpulan drama pentas (2009) dan novel Biografi Tan Sri Sabbaruddin Chik: Teknokrat Yang Tersingkir, (2007). 
Antara  teater arahan beliau ialah Muzikal Lantai T.Pinkie, Lantai T.Pinkie, 4Nyonya 4Dara, Bahara Emas,  Di Bawah Lindungan Kaabah, Nyonya, Dairi Wanita, Muzikal Tun Mahathir 1 & 2, Mak Dara Nyonya,  Muzikal Ibu Zain 1 & 2, Kopi Pangku, Puteri Hang Li Po, Anugerah, Raden Galoh, Malam Haram, Alim dan A Modern Woman.
A.ARIS A.KADIR, KOREOGRAFER
BAKAT seni graduan  jazah Sarjana Muda tari dari ASK ini bukan saja dalam bidang tarian malah terserlah dalam bidang lakonan dan pengarahan. Beliau pernah dipilih sebagai koreografer bagi program Akademi Fantasia (AF7), program Permata Seni Negara.
Beliau terlibat sebagai koreografer teater Upin Ipin Pin Pin Pom, Dara & Makcik Bawang, 4 Dara 4 Nyonya, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Nyonya & The Gang, Upin & Ipin the Musical, Aladdin, Ali Baba, Opera La Cahgo, Muzikal Tok Rimau 1 & 2, Opera Ayu Cendana  dan Puteri Hang Lipo. 
Beliau juga diberi kepercayaan mengarah teater di Istana Budaya iaitu  Ombak Rindu, Zombie La La La dan teater kanak-kanak, Sinbad (2008). Aris juga menampilkan kehebatan dalam lakonan melalui Muzikal Hang Lipo, Tengku Anum, Opera Ayu Cendana, Tunku the Musical. 
Beliau adalah penerima anugerah Koreografer Terbaik (BOH Cameroniah Arts Awards 2013, 8th Internatioanl Children Festival (New Delhi, India), Anugerah Datin Seri Endon Mahmod 2007,  Koreografer Terbaik & Rekaan Muzik Terbaik (BOH Cameronian Arts Awards 2006, Persembahan Berkumpulan Terbaik (BOH Cameronian Arts Awards 2001).


ZANAHARIAH JAAFAR.  PENGURUS PROJEK
MENGGUNAKAN nama pena Zana Adamm beliau berpengalaman menganjurkan bengkel pendidikan dan penulisan. Bersama Persatuan Gagasan Anak Seni Malaysia (GAS) beliau telah berjaya menganjurkan tiga bengkel penulisan skrip drama radio dan drama tv pada tahun 2020 dalam tempoh dua tahun di Melaka dan Pahang.
Di bawah bendera GAS dan sebagai Setiausaha, beliau mengorak langkah dengan melibatkan diri dalam bidang pementasan pentas. Antaranya ialah menjadi Pengarah Projek bagi program Malam Kata Kota Cinta pada 11 April 2021 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. 
Kemudian menganjurakan Bengkel Penulisan Skrip di Kuala Lumpur pada April 2021. Kedua-duanya  adalah program yang dipilih bagi menjayakan Kuala Lumpur World Book Capital 2021 (KLWBC 2021. Teater Dara & Makcik Bawang yang dipentaskan pada Julai 2022 di Melaka juga menjadi titiktolak penglibatan beliau secara serius dalam pengurusan seni persembahan.


NORZAINAH ABDUL RAHMAN, PENGURUS PEMASARAN
 Graduan Komunikasi Massa dari ITM, dan bermula sebagai Pembantu Penerbit TV3. Beliau kemudian bertugas sebagai Wartawan di Karangkraf. Dua tahun kemudian beliau bertugas di Take One Production sebagai Penebit. Pada tahun 1996 beliau menubuhkan syarikat persendirian Broadcast Innovations. 
Sentiasa mecabar kebolehan diri, beliau kemudian mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom demi segulung Master dan kembali bergabung dengan a4comm sebagai Penerbit Eksekutif di jabatan audio dan visual. Terkini, beliau merupakan Ketua Bahagian Marketing & Client Service Department yang bertanggungjawab memastikan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikatnya, A4 Communication.










ZERA HARIZ sebagai NYONYA 
PELAKON berumur 27 tahun ini adalah pemegang diploma dalam bidang teater dari Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (ASWARA). Berpengalaman di dalam bidang lakonan, nyanyian serta tarian sejak 15 tahun lalu. Antara drama televisyen yang mengetengahkan bakatnya ialah Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin, Adam Chempaka, 3 Lagu Buat Ana, Bila Nat Bergincu dan banyak lagi. 
Dalam teater pula beliau pernah muncul  dalam Muzikal Upin Ipin (2012) di Istana Budaya dan memegang watak sebagai Kak Ros. Juga muncul dalam banyak teater antaranya Ombak Rindu, Nyonya dan Ghaib. Zera juga pernah menjuarai program tv nyanyian seperti The Band Astro 2014 dan Cabaran Selebriti RTM.









EYZENDY ABDUL AZIZ – TUAN
NAMA Along Eyzendy bukan asing dalam dunia seni sama ada nyanyian, filem, televisyen atau teater. Aksi selambanya sanagt memikat hati penonton dalam lebih 30 filem yang dibintanginya termasuklah filem Karak, Budak Hostel, Longkai, Mat Moto, Budak Kelantan, Bunohan, Lua Mafia Gua Gangster dan One Two Jaga. Graduan ASWARA dalam bidang lakonan dan pengarahan kelahiran Ipoh, Perak ini mahir bermain alat muzik seperti trompet dan perkusi tradisional serta memiliki suara nyanyian yang bagus.
Beliau juga tidak asing dalam bidang teater dan pernah muncul antaranya dalam Bahara Emas, Gedebe, Nyonya 1, Alang Retak Seribu, Ronggeng Rokiah, Hamlet, Tun Perak, Muzkal Tun Razak, Awek Chuck Taylor dan Superhero the Musical.








LIZA ABDULLAH SEBAGAI ANGGUN
BELIAU memulakan langkah dalam dunia seni sebagai penyanyi pada 1984, membintangi banyak filem 'box office' era 1980-an seperti Ali Setan, Pagar Pagar Cinta, Jejaka Perasan dan Tujuh Biang Keladi.
Empat dekad dalam industry seni, ibu kepadal empat cahaya mata ini masih relevan hingga sekarang. Penangan watak Mak Leha dilakonkannya menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 1 dan 2 bagai memberi tuah dan membuka pintu rezeki kepadanya. Watak Mak Leha itu juga mengangkatnya sebagai pemenang kategori Watak Antagonis Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-24 dan Pelakon Antagonis Terbaik di Anugerah Drama Sangat 2021.
Beliau juga pernah muncul dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah dan Tenggelamnya Kapal Van der Wijck terbitan CTRA Production di samping teater Nostalgia 60-an.






VANIDAH IMRAN SEBAGAI BEAUTIFUL
PELAKON, model dan pengacara ini muncul di layar perak melalui filem sulunya, Putera arahan Aziz M.Osman. Ketika itu beliau berusia 21 tahun, terus melangkah dalam bidang seni dan mucul dalam beberapa filem lain antaranya Badai Mantera, Neon, 7 Perhentian, The Red Kebaya dan Temuan Takdir.
Bakatnya dikembangkan pula dipentas teater. Beliau pernah muncul dalam teater Lantai T.Pinkie dengan memegang watak sebagai Musalmah kemudian sebagai T.Pinkie (2006). Teater lain yang turut mendapat sentuhan beliau ialah Megat Terawis, Anak Tanjung, Tun Perak, Anugerah, Selendang Umi, Merdeka Merdeka Merdeka, Mahsuri, Cuci the Musical dan Sirah Junjungan. Ini adalah kemunculan kedua beliau dalam teater Nyonya.



ZIELA JALIL SEBAGAI CANTIK
ZIELA sangat bertuah kerana pada permulaan kerjaya seninya, dia mendapat didikan dan pendedahan oleh nama-nama besar dalam industri perfileman tanah air. Antaranya Allahyarham Datuk Aziz Sattar melalui filem Perawan Malam, AR Badul dalam filem Mr Os dan Kembar Siam. Othman Hafsham (Driving School) dan Datuk Rahim Razali (Rentak Desa) manakala Nasir Jani (Rozana Cinta 87).
Beliau juga melebarkan kerjaya lakonan di Indonesia termasuklah filem Tarzan Rimba di samping aktor Barry Prima, Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.
Pelakon ini juga muncul dalam teater di Istana Budaya termasuklah Natrah (2010) dan Bahayanya Wanita (2014) dan Badai Semalam (2011) arahan Khairunazwan Rodzi selain beberapa teater lain. Secara konsisten juga selama 36 tahun, Ziela bukan hanya aktif sebagai pelakon, bahkan, beliau juga terlibat secara serius dalam kerja-kerja penerbitan drama TV menerusi syarikat produksi yang diasaskannya, Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.








DEERA AMIN SEBAGAI ISTERI COMEL
NADEERA Allysha Aminudin adalah anak bongsu dari lima beradik, berasal dari  Johor Bahru memulakan penglibatan dalam bidang seni pada usia 11 tahun  dengan menyertai Idola Kecil 3 pada tahun 2010. Beliau kemudian muncul sebagai pengacara dalam program Bananana Squad Tv3 sebanyak 500 episod.
Beliau terlibat dalam pementasan teater Muzikal Upin & Ipin (Istana Budaya, 2012), teater Di Bawah Lindungan Kaabah (Istana Budaya, 2014) dan teater 4Dara 4Nyonya (MATIC, 2021). Seterusnya, beliau menghasilkan single  berjudul Graviti di bawah bimbingan komposer Tam Spider. 
Deera juga meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kursus Diploma Teater selama dua tahun. Kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di ASWARA dalam bidang teater.

TARIKH
TEMPAT
JUDUL
PENGARAH
PELAKON
2022
15-16 Oktober
Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang

Nyonya

Dr Rosminah Tahir
Zera Hariz/Eyzendy Aziz/Liza Abdullah/Vanidah Imran/ Ziela Jalil/ Deera Amin

2021
8-11 April

Auditorium TAR, MATIC, KL

4 Nyonya 4 Dara

Dr Rosminah Tahir
Juhara Ayub/ Dr Norzizi Zulkifli/ Amy Mastura/ Mardiana Alwi/ Serra kamal/ Deera Hariz/ Pavy Raj/Lim Mei Fern
2015
11-16 Februari
Panggung Sari, Istana Budaya, KL
Dairi Wanita
(YB & Nyonya)

Rosminah Tahir
Sherry Alhadad/ Shahrul Mizad Ashari/Misha Omar/ Amy Mastura/ Dina Nadzir/ Dayang Kartini/ Nad Zainal
2013
14-20 Jun
Panggung Sari, Istana Budaya, KL

Nyonya & The Gang

Rosminah Tahir & 
Siti Rohayah
Mardiana Alwi/ Takiyuddin Bakar/ Misha Omar/ Amy Mastura/ Fara Fauzana/ Kiah Propa & Team The Gang/ Anuar Zain
2011
6-12 Julai
Auditorium TAR, MATIC, KL

Mak Dara-Nyonya

Rosminah Tahir
Juhara Ayub/ Sherry Alhadad Zaifri Husin/ Misha Omar/ Sarimah Ibrahim/ Norzizi Zulkifli/ Fara Fauzana
2008
20-24 Februari
Lambang Sari, Istana Budaya, KL

Nyonya

Rosminah Tahir
Juhara Ayub/ Zaifri Husin/  Melissa Saila/ Khatijah Tan/ Yani Mae/ Tania Zainal
2007
25-27 Mei

JKKN, KEDAH

Nyonya

Rosminah Tahir
Juhara Ayub/ Zaifri Husin/ Khatijah Tan/Vanidah Imran/ Tania Zainal/ Farah Adila Apandi
2004
10-12 Dis
JKKN, Negeri Sembilan

Nyonya

Siti Rohayah Atan
Tania Zainal/ Eyzendy Aziz/  Khatijah Tan/ Rozie Rashid/ Ismaliza Ishak/ Rosman Ishak
2004
7-11 Okt
Mini Auditorium,
MATIC, KL

Nyonya

Siti Rohayah Atan
Tania Zainal/ Eyzendy Aziz/ Juhara Ayub/ Melissa Saila/ Rosman Ishak/ Ismaliza Ishak

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan