LIGA SUKAN UNITI KELUARGA MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022




















































































5 NOVEMBER 2022, BANGI– Pertandingan Futsal dan Bola Jaring Liga Sukan UNITI 
Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 telah berlangsung di Uptown Sports, Bandar Baru 
Bangi. Program anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan 
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini telah menerima penyertaan melebihi 12,000
peserta seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat usia. Dua 
acara sukan yang dipertandingkan adalah futsal dan bola jaring.
2.
Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk menyemai semangat
kerjasama berpasukan dan mengukuhkan jalinan perpaduan Keluarga Malaysia
melalui platform sukan. Syarat utama yang diletakkan bagi penyertaan dalam 
pertandingan ini adalah setiap pasukan perlu memenuhi kritirea kepelbagaian kaum. 
Nilai toleransi dan kebersamaan yang wujud dalam acara sukan seperti ini adalah 
tunjang utama dalam membentuk Keluarga Malaysia yang sejahtera dan harmoni.
3.
Johan bagi pertandingan futsal ini telah disandang oleh negeri Kedah dengan
membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000.00, trofi berserta sijil.
Naib Johan dan tempat ketiga pula masing-masing dimenangi negeri Melaka dan 
negeri Johor. Pertandingan bola jaring pula dimenangi oleh pasukan dari negeri Sabah
yang turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000.00, trofi 
berserta sijil. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor masing-masing 
menduduki tempat kedua dan ketiga bagi acara bola jaring.
4.
“Kolaborasi strategik antara KPN dan KBS ini merupakan salah satu usaha 
menyemarakkan lagi semangat perpaduan Keluarga Malaysia melalui bidang sukan. 
Bidang sukan adalah agen utama perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia dan 
medium seperti ini memberi ruang kepada kita untuk saling berinteraksi dalam suasana 
harmoni.” jelas Datuk Halimah.
Kementerian Perpaduan Negara 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan