PERTARUHAN BALADA KELLY AZMAN DALAM DUSTAKAN CINTA









KUALA LUMPUR, 3 November 2022- Penghibur serba boleh, Kelly Azman
merancakkan lagi persada industri muzik tanah air dengan mempertaruhkan single
terbaharunya yang berjudul Dustakan Cinta. Menariknya mengenai single kali ini, ia
bukan sahaja merupakan percubaan pertama Kelly dalam membawakan lagu
berentak balada malah Dustakan Cinta mempunyai intipatinya tersendiri.
Menurut Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob, 45 lagu tersebut
berkisahkan tentang seorang individu yang sering ditipu dan ditinggalkan
keseorangan.
“Lagu ini ada kisahnya tersendiri. Lazimnya, kita sebagai manusia biasa sering
ditinggalkan dan ditipu oleh pihak tertentu tanpa mengirai jantina. Cinta itu pula suka
untuk saya tafsirkan sebagai simbolik kasih sayang di antara dua individu. Jadi lagu
ini boleh diibaratkan seperti kasih sayang yang telah didustakan” kata Kelly
Tambah Kelly, dia akui berasa teruja untuk berkongsi karya terbaharunya itu yang
merupakan ciptaannya sendiri bersama komposer terkenal, Mohariz Yaakup.
Manakala, lirik juga ditulis oleh Kelly bersama NJ/KR.
“Alhamdulillah, akhirnya saya dapat kongsikan buah tangan terbaharu kepada
mereka yang mengikuti perkembangan saya.

“Saya amat teruja dengan penghasilan lagu ini kerana ia merupakan ciptaan saya
sendiri selain mendapat sentuhan karya daripada mereka yang hebat dan
berpengalaman” kata Kelly
Lagu yang mula dirakamkan pada Julai dan siap sepenuhnya pada September itu
turut mempunyai sebuah video muzik yang menceritakan perjalanannya. Bercerita
mengenai proses rakaman video muzik tersebut, menurut salah seorang juri All
Together Now itu ia telah dirakamkan di Genting Highlands.
Meskipun mengalami kesukaran pada awal penggambaran berikutan faktor cuaca
yang tidak menentu, Kelly bersyukur kerana semuanya telah dipermudahkan dan
selesai dalam tempoh yang dirancang.
“Sebenarnya masa awal penggambaran terdapat beberapa masalah tertentu seperti
saya dimaklumkan jalan untuk ke Genting Highland akan ditutup selain cuaca juga
yang tidak menentu.
“Tetapi saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan dan cuaca sepanjang di
sana juga seperti kena dengan emosi lagu ini. Sebagai contoh ada babak tertentu
saya perlu terkena hujan dan secara kebetulan ketika itu memang hujan turun.”
katanya lagi
Harapan Kelly, lagu ini akan terus membawa pengenalan dirinya sebagai seorang
penghibur serba boleh. Bukan sahaja ingin dikenali sebagai pengacara dan pelakon,
malah dia juga mahu juga ingin menggunakan peluang yang ada untuk dikenali
sebagai seorang penyanyi sekaligus mewarnai industri seni tanah air.
Untuk rekod, lagu ini telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital
bermula 21 Oktober yang lalu manakala video muzik boleh ditonton menerusi
YouTube MVM Music pada 3 November 2022, jam 9 malam.
Dustakan Cinta merupakan terbitan dan edaran sepenuhnya oleh MVM Production
Sdn Bhd.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan