Suatu Majlis Malam Amal sempena MyMalaysia Awards 2022 telah
dianjurkan pada 27 Oktober 2022 bertempat di Dewan Tun Abdul Razak,
Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur dan penganjur merakamkan
penghargaan kepada Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Hj. Omar, Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia yang telah hadir bagi
merasmikan Majlis Malam Amal MyMalaysia Awards 2022.
Malam amal yang melibatkan hampir 800 peserta daripada semua komuniti
perniagaan di Malaysia telah diadakan bagi menggalakkan perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) termasuk usahawan korporat untuk bangkit semula
tanpa berputus asa selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia ke arah
pemulihan ekonomi negara terutama terhadap cabaran pasca pandemik
COVID-19.
Objektif penganjuran Malam Amal MyMalaysia Awards 2022 ini adalah
untuk mengumpul dana bagi memberi manfaat pesakit-pesakit kanser di
bawah Yayasan Kanser & Kronik Kaseh (YKKK) yang telah dipilih untuk
menerima sumbangan amal pada tahun ini di samping dapat meraikan
syarikat-syarikat yang telah berjaya mengharungi pandemik dan menjadi
iktibar kepada ekosistem dunia perniagaan Malaysia sekaligus dapat
membantu merancakkan kegiatan ekonomi dalam negara serta
menggalakkan pembangunan industri tempatan.
'Tuai apa yang anda semai' (reap what you sow) yang membawa maksud jika
anda menanam benih atau melakukan sesuatu yang baik, anda harus
mengharapkan untuk menuai ganjaran pada kemudian hari. Perkara ini
selaras dengan objektif Malam Amal MyMalaysia Awards 2022 ini yang mana
kami Usahawan sentiasa memandang serius dalam membantu golongangolongan yang memerlukan bantuan disamping membantu perniagaanperniagaan untuk kembali pulih daripada kesan penularan wabak Pandemik
Covid-19.” - Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Abdul Malik Abdullah, Pengerusi
FMBA.
“Majlis anugerah MyMalaysia Awards 2022 akan dapat mengeratkan lagi
hubungan dan kerjasama antara pihak komuniti dalam bidang
keusahawanan yang rata-ratanya terdiri daripada golongan profesional bagi
menyumbang pengalaman dan kemahiran mereka dalam bidang masingmasing selaras dengan objektif MyLIFE dan secara tidak langsung akan dapat
menggalakkan semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat bagi
meningkatkan ekonomi negara terutama dalam era globalisasi yang semakin
mencabar” – Amy Seok, Presiden MyLife
Dalam erti kata lain, semua pihak termasuk Kerajaan harus berganding bahu
dalam bersama-sama membantu antara satu sama lain dalam memastikan
kelangsungan Industri dan perniagaan masing-masing yang mana inya saling
memerlukan.
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua penerima
MyMalaysia Awards 2022 pada tahun ini.
Bagi dan atas Pihak
Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA)