MY LOVE MY BABY, COMEBACK DAVID TEO SELEPAS LAGU KACANG! MAJLIS PELANCARAN MUZIK VIDEO MY LOVE MY BABY.











PETALING JAYA, 10 November 2022 – Susulan kejayaan lagu Kacang, Lagu Kawan Lama 
dan Lagu Besar Kepala yang pernah diterbitkan oleh Metrowealth International Group (MIG), 
kini MIG kembali menerbitkan sebuah lagu yang berjudul My Love My Baby. 
My Love My Baby ini sebuah lagu yang ditulis oleh Dai Fuad yang juga merupakan artis 
dibawah naungan MIG dan turut di bantu oleh Amy Ukays sebagai composer. 
Sebagai makluman, lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan B5 yang turut dianggotai oleh Dai 
Fuad, Suhaimi Azmi, Chumiee dan Aaliyah Natasha serta penampilan khas David Teo. 
Pemilihan ahli dan penubuhan kumpulan ini dilihat berdasarkan bakat nyanyian yang ada pada 
artis dibawah naungan MIG. 
Konsep lagu My Love My Baby ini merupakan sebuah konsep yang diinspirasikan hasil 
gabungan David Teo dan juga Amy Ukays sendiri. Selain mengetengahkan konsep latin, lagu 
ini juga turut membawa konsep baharu yang cuba disampaikan oleh B5. 
Lebih menarik lagi, lagu ini merupakan sebuah lagu yang awalnya hanya dijadikan sebagai 
hiburan kepada diri sendiri, namun setelah lagu ini siap sepenuhnya, Dai Fuad melihat lagu My 
Love My Baby ini lebih dekat dan kerap terjadi di sekeliling kita pada masa kini iaitu sebuah 
perjalanan dan permulaan cinta. 
CEO Metrowealth International Group, David Teo juga turut berharap agar lagu ini mendapat 
sambutan yang luar biasa dan boleh diterima oleh para pendengar. Walaupun lagu ini baru 
sahaja dilancarkan, tetapi lagu My Love My Baby sudah berada di beberapa platform digital
seperti ITUNES, SPOTIFY, INSTAGRAM dan juga TikTok. Untuk Official Music Video, 
lagu ini akan mula ditayangkan secara rasmi di Akaun Youtube Metrowealth Pictures
pada 12 November 2022 (Sabtu). 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan