Program ‘Kita Rewang Sekampung’ Peringkat Daerah Kuala Langat 2022 Bersama Masyarakat Setempat

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini, Program Kita Rewang Sekampung telah diadakan di daerah Kuala Langat Selangor bertempat di Dataran Batu Laut Tanjung Sepat pada 11 dan 12 November 2022. Ini adalah antara usaha kerajaan Negeri Selangor dalam antara mengeratkan hubungan masyarakat berteraskan tradisi masyarakat terdahulu yang melakukan gotong-royong membantu keluarga yang mengadakan majlis perkahwinan atau kesyukuran dalam komuniti setempat. Ini merupakan pengalaman pertama Zaman ikut serta dalam program seperti ini dan ianya sangat menarik dan macam-macam aktiviti yang Zaman dapat lihat dan pelajari.

Selain itu ia dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara pihak kerajaan, pemimpin dan juga masyarakat, selain membina perspektif hidup yang positif dalam kalangan golongan belia melalui aktiviti gaya hidup sihat dan pembangunan kerohanian

YB Tuan Borhan Bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi dan Adait Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Sepat berkata, program seperti rewang, kenduri sekampung pula dapat menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan gotong royong dalam kalangan belia dan masyarakat kampung untuk bersama sama menyediakan pelbagai jensi menu untuk santapan semua.


Jom kita lihat antara aktiviti yang diadakan pada program rewang sekampung ini:

Acara Rewang Sekampung


    Acara Berendoi

Gotong-Royong
Pertandingan Memasak Kuih Tradisi
Pertandingan Futsal
Akhir kata, program seperti ini harus dikekalkan kerana ianya dapat  memupuk semangat masyarakat setempat terutama golongan muda dalam memelihara kawasan setempat. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak kerajaan negeri Selangor dan tidak dilupakan kepada pihak Gaya Travel kerana menjemput Faries untuk turut serta dengan program ini.
KitaKeKampung 
#KitaRewangSekampung 
#KitaSelangor
#Pusing Selangor Dulu
#GayaTravel
#MediaSelangor
#PMNS

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan