“ALERT”: Konsert Amal Rock Hujung Benua Asia yang dihoskan oleh
Persatuan Kebajikan Artis-artis Johor Bahru (The Legend) ini adalah
bertujuan untuk membantu ahli-ahli persatuan yang sudah tidak aktif
berkarya sambil mengumpulkan artis-artis lama dan baru dalam satu
konsert. Konsert ini juga merupakan salah satu acara yang telah
direncanakan untuk mempromosi Pesta Air Pasang Besar Tanjung Piai
2022.
“KOSERT AMAL ROCK HUJUNG BENUA ASIA 2022”
1.1 Tanjung Piai, 24 Disember 2022 – Persatuan Kebajikan Artisartis Johor Bahru (The Legend) akan menganjurkan Konsert Amal Rock
Hujung Benua Asia 2022. Konsert yang akan berlangsung pada 24
Disember 2022, di perkarangan tempat letak kereta Taman Negara Johor
Tanjung Piai, Pontian, Johor adalah kemuncak acara di dalam Pesta Air
Pasang Besar Tanjung Piai 2022 yang disokong oleh Kementerian
Pelancongan melalui Tourism Malaysia di bawah inisiatif Pelan
Pemulihan Pelancongan 2022.
Seramai 10 orang artis yang terdiri daripada Man Kidal, Kumpulan Kristal,
Bandi Amuk, Ayai Ilusi, Wom UG14, Pat Candy, Halim Rockers, Ucop
Ahmad, Kumpulan O-Two dan Kumpulan DNA Band akan membuat
persembahan pada malam konsert itu berlangsung. Artis-artis ini akan
menyampaikan lagu-lagu rock yang pernah dipopularkan oleh mereka
dan artis-artis lain di bawah naungan persatuan sebagai tribute kepada
mereka. Konsert ini akan diserikan dengan pertembungan petikan gitar
antara Man Kidal, Rodi Kristal dan Pat Candy yang pastinya akan
memukau para penonton.
Pihak penganjur telah menyediakan tiket-tiket yang berharga dari RM 55
hingga RM 200 bergantung kepada pakej-pakej menarik yang boleh di
pilih oleh penonton. Tiket-tiket boleh didapati di Ticket2U atau melalui
talian hotline konsert 016 3625 786 dan 016 2585 786.
Selain daripada persembahan nyanyian, para penonton juga berpeluang
untuk memenangi cabutan bertuah yang akan diadakan di sepanjang
acara ini berlangsung