HAIKAL FARID - PUJAAN QISTINA KHALED - BENCI BENCI TAPI RINDU

Lambakkan bakat baru yang tumbuh bagai cendawan di arena muzik tempatan kini sedikit
sebanyak memberi saingan yang sihat di antara penggiat seni yang masih aktif dalam bidang ini.
Tahun 2022 syarikat rakaman RUSA Music & MVM Music yang popular dengan menengahkan bakat
dari penyanyi baharu yang berpotensi seperti Haikal Farid & Qistina Khaled telah mendapat respon
positif dari pendengar muzik tempatan menerusi single terbaru mereka. Qistina Khaled & Haikal Farid
juga dipilih sebagai figura utama bagi kolaborasi sulung di antara syarikat rakaman RUSA & MVM
bersama universiti terkemuka iatu Sunway Universiti menerusi program pelancaran single terbaru
mereka.
Bercakap mengenai langkah kerjaya seni Haikal Farid yang pernah mencuri tumpuan dari
penampilan di kaca televisyen melalui episod Immortal Songs bagi artis M Nasir dan berjaya
mendapat tempat kedua dalam episod tersebut. Terdahulu single pertama beliau bersama Asfan
Shah, telah membuka peluang haikal bekerja keras untuk memahat nama dalam industri seni sejak 5
tahun lalu. Terbaru, beliau tampil dengan single Pujaan hasil ciptaan komposer berbakat Nash Kim
yang juga merupakan kolaborasi sulung beliau bersama komposer ini. Haikal juga untuk rekod pernah
bekerjasama bersama penyanyi Indonesia, Weswey menerusi single ciptaan maestro muzik terkenal
Aubrey Suwito pada tahun 2021 menerusi single Perihal Dirimu.
Bakat baharu Qistina Khaled yang harus diberi tumpuan seterusnya tampil dengan single
sulung yang juga merupakan OST bagi drama Pak Mat Clan, berjudul Benci Benci Tapi Rindu hasil
ciptaan Jawasuki M.A.O dan beliau sendiri. Qistina yang merupakan artis naungan MVM Music telah
terlebih dahulu memulakan karier beliau sebagai pelakon sejak 4 tahun yang lalu dan karier nyanyian
pula, Qistina pernah menyertai program nyanyian Ceria Megastar Ministar anjuran Astro Ceria pada
tahun 2019. Terdahulu sebelum beliau mengeluarkan single ini, Qistina pernah viral di sosial media
akibat insiden langgar lari kereta di pusat bandar, dimana video tersebut pernah memasuki Top 10
video viral ditonton di YouTube Malaysia pada November yang lalu.

Kedua single Pujaan & Benci Benci Tapi Rindu kini boleh didengarkan di semua pelantar
digital muzik termasuk Muzik Video di YouTube Rusa Music. Akhir sekali, seperti mana semua single
sebelum ini, diharap karya mereka juga ini akan mendapat sokongan semua pihak media & radio
tempatan. Segala info terkini boleh didapati melalui laman instagram @haikalfarid , @qistinakhaled ,
@rusamusic @mvmproduction dan tanda pagar #Pujaan #BenciBenciTapiRindu untuk mengetahui
perkembangan lanjut bagi single ini.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan