FESTIVAL OF SPEED


 




KUALA LUMPUR : Festival of Speed yang bakal diadakan di Sepang International Circuit 
pada 3 Disember 2022 ini bakal menyemarakkan lagi sukan permotoran negara sekali 
gus menjadi tarikan pelancongan sukan baru negara.
Acara yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development (MiTDA) dengan 
sokongan MOTAC, Tourism Malaysia dan SIC itu merupakan pameran dan platform untuk 
pencinta motor merasai semua aktiviti berkaitan motor. 
Menurut Dato’ Noorzaleha Baharudin, Presiden MiTDA, festival tersebut bakal mempertaruhkan keunikan yang tersendiri dengan sasaran 10 ribu orang pengunjung. 
“ Ini adalah kali pertama di Malaysia kita akan menjayakan Festival of Speed & Motosikal 
Kuasa, yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminatnya. Selain pertunjukan kereta esoktik 
dan motosikal, pengunjung juga boleh membeli terus kenderaan yang mereka minati di 
festival ini daripada pengedar-pengedar kenderaan yang menyertai acara ini dengan harga yang cukup istimewa, “ kata Dato’ Noorzaleha. 
Selain itu acara pemanduan di litar lumba Sepang juga akan turut diadakan dengan kerjasama Sepang International Circuit. Menerusi Sesi pandu uji di litar lumba pengunjung


boleh menghayati pengalaman menarik sama ada menggunakan kenderaan sendiri 
mahupun kenderaan yang disediakan. 
Selain itu terdapat juga beberapa acara sampingan seperti e-Sport car game, Bungee 
Jump dan banyak lagi permainan lain. Untuk menjamu selera terdapat juga disediakan 
lebih 50 food truck dan gerai jualan menerusi Festival makanan Malaysia yang turut diadakan di tapak acara. 
Acara hiburan dan persembahan artis popular tempatan juga akan diadakan bagi memeriahkan lagi festival ini . 
Bayaran masuk ke Festival of Speed hanya RM30 dan festival akan berlangsung dari 
pukul 9 pagi hingga 10 malam
Tiket boleh dibeli secara online di platform http://t2u.asia/e/28356

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan