Kuala Lumpur, 8 September 2022 - Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin
Harun, meraikan kerjasama rasmi di antara Pembuat Alat Ganti Besi Berketepatan Tinggi - Metalmach
Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan pembuatan dari China, Future Hover Industrial
Co. Ltd (Future Hover) untuk melabur RM1 Billion bagi menjadikan Malaysia destinasi pilihan untuk
pengeksportan semikonduktor di Asia Tenggara dan dunia.
Sebahagian daripada kerjasama ini, kedua-dua pihak akan menyelaraskan teknologi dan sumber terbaik
di dalam menawarkan solusi sehenti untuk industri ini. Ini akan dicapai dengan menggabungkan
pengalaman MMT selama 40 tahun dalam penghasilan mesin berketepatan tinggi, pembuatan acuan
dan pembangunan semikonduktor dengan pembekalan bahan bantuan yang berdaya saing oleh Future
Hover beserta dengan kepakarannya dalam pengujian dan pembungkusan semikonduktor.
Syarikat tempatan ini dan rakan kongsinya dari China akan melabur RM 1 bilion secara kolektif untuk
menjana RM 10 bilion dari hasil jualan eksport di dalam 10 tahun akan datang. Ia dimulakan dengan
pembinaan sebuah kilang yang paling lengkap dan canggih di Negeri Sembilan, Malaysia. Kilang ini akan
berperanan sebagai sebuah hub untuk pembekal dalam dan luar negara bagi memperolehi barangan
yang lebih berdaya saing di dalam masa yang lebih singkat dan mampu menghasilkan lebih 500 peluang
pekerjaan. Dengan ini, kedua-dua pihak berharap untuk membekalkan latihan teknikal dan pemahaman
yang lebih mendalam di dalam industri sebagai salah satu usaha untuk menjana populasi pekerja mahir
di Negeri Sembilan dan negara kita.
Pengurus Besar Future Hover, Cik Guan Mei Ying berkata, “Malaysia merupakan lokasi yang ideal kepada
kami untuk bertapak di rantau Asia Tenggara bukan hanya kerana kerajaannya yang bersedia untuk
menyokong, tetapi juga faktor-faktor seperti kesediaan tenaga kerja yang mahir, lokasi yang strategik,
dan infrastruktur yang membangun mampu memberi impak yang besar kepada operasi kami. Kerjasama
ini menjanjikan pelbagai peluang pekerjaan, dan saya menantikan kejayaan yang akan kita capai bersama
hasil daripada penggabungan pengetahuan, kepakaran dan sumber dari dua negara.”
Melalui kerjasama ini, MMT diberi peluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran China
dengan menawarkan perkhidmatan yang telah ada kepada pemain-pemain industri serantau dan
menyumbang kepada jualan dan permintaan eksport untuk produk dan perkhidmatan Malaysia.
Pengarah Operasi MMT, En. Low Kim Yoong berkata, “Dengan permintaan yang meningkat dan
pengembangan yang pesat dalam sektor semikonduktor di Asia Tenggara, kerjasama ini bukan sahaja
menguatkan posisi kedua-dua pihak dalam rantau ini, tetapi juga meningkatkan posisi Malaysia yang
telah dikenali dalam sektor pembekalan, lantas membolehkan Malaysia menjadi pilihan utama untuk
penghasilan semikonduktor secara global. Kerjasama ini membolehkan pengurusan yang menyeluruh
termasuk pemasangan semikonduktor sekaligus menjadikan kami antara pemain yang terkuat dalam
industri pembekalan semikonduktor.”
“Kami akan menyediakan sokongan yang teguh dan solusi yang cekap kos kepada pemain industri di
seluruh dunia sambil menyumbang kepada pembangunan negara, hasil dari kerjasama ini,” tambah
beliau.
Akibat dari perintah berkurung di China, Cik Guan Mei Ying tidak dapat hadir bagi menyaksikan sendiri
upacara majlis menandatangani rasmi. Oleh itu, Pengarah Perniagaan (Malaysia) Future Hover, En. Alfred
Foo, yang telah bertungkus-lumus memastikan perjanjian kerjasama ini berjaya dan berjalan lancar,
dilantik untuk mewakili Cik Guan di acara tersebut.
###
About Metalmach Micro Technology (MMT)
Metalmach Micro Technology Sdn. Bhd. was established in 1979. Our core business is manufacturing
Precision Metal Parts (Tools and Dies, Jigs & Fixtures, Mold Parts, and Carbide Toolings) for our
customers globally with more than 30 years of experience in precision machining and mold and die
fabrication.
About Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover)
Based in Shenzhen, China since 2003, Future Hover is a multi-award winning brand that focuses on the
research and development as well as the production of the key bottleneck materials required for
semiconductor manufacturing, and provide lots of superior alternatives.