KONSERT ROSSA 25 TAHUN BERKARYA BAKAL BERLANGSUNG DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI


 KUALA LUMPUR, 9 September 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah 

konsert "Rossa 25th Shining Years Concert" di Jakarta, Bandung, Surabaya yang 

menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa akan kembali 

ke Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan 

Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. 

Konsert "Rossa 25th Shining Years Concert" di Malaysia ini akan dianjurkan dengan 
kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL 
(PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL 
(KOPENA). Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato’ Sri Rossa selama 25 
tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di 
Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia. Sebahagian hasil jualan tiket yang 
dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih 
PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia. 
Konsert Dato’ Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik; 
Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta 
Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya. "Rossa 25th Shining Years 
Concert" ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik 
serantau, dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia.

"Alhamdulillah aku bersyukur, akhirnya yang ditunggu-tunggu hampir tiba, sudah 
tidak sabar ingin ketemu dengan para fans di Malaysia. Setelah menahan rindu 
selama dua tahun akibat pandemik, senang banget rasanya sudah bisa konser 
offline lagi di KL." kata Dato Sri Rossa kepada media Ketika Sidang Media secara 
online di Jakarta pada Selasa (09/9/2022).

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan