Satu acara telah dirangka , iaitu program khusus bagi menghargai bakat seni para
pengkarya dari kelainan Upaya (OKU) yang dinamakan sebagai Festival Seni Insan
Istimewa yang bakal berlangsung pada 30 Oktober 2022 bermula jam 10 pagi
sehingga 10 malam di lokasi Pusat Membeli Belah KL Gateway, Aras 2, Gerbang
Kerinchi Lestari (Bangsar South), Kuala Lumpur.
Ianya bakal melibatkan pelbagai acara yang bakal menampilkan penyertaan
dikalangan individu kelainan upaya dan menfokuskan kepada acara berbentuk seni
budaya seperti persembahan dan pertandingan serta ruang pameran hasil karya
seni yang dihasilkan oleh golongan istimewa ini.
“Inisiatif penganjuran acara Festival Seni Insan Istimewa ini tercetus apabila
beberapa ahli Biro OKU Karyawan yang dianggotai lebih 100 individu menyarankan
agar diadakan satu acara seni khusus terhadap mereka, yang rata-ratanya amat
berbakat dan menjadikan karier selaku Buskers bagi menampung pendapatan
seharian mereka” ujar Dato Freddie Fernandez, Presiden Persatuan Karyawan
Malaysia dan juga komposer lagu “ Namun Ku Punya Hati “ yang merupakan lagu
Ikonik bagi golongan insan istimewa ini.
Terdapat aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan kepada mereka umpamanya
pertandingan Idola Istimewa, pertandingan kugiran Istimewa, pertandingan
memasak, melukis dan sukan ringan yang diadakan secara percuma untuk semua
golongan kelainan upaya dari semua kategori iaitu kelainan upaya penglihatan,
pendengaran, pertuturan, anggota dan autism serta puluhan Booth pameran
berkaitan dengan komuniti ini.
Pada malam pula akan diadakan satu Konsert Istimewa yang bakal menampilkan
bakat-bakat seni suara istimewa dan diantara yang terlibat ialah Caliph Buskers, Bad
Indigo, Zaiton Sameon, Azmir Arif dan juga rakan-rakan artis lain antaranya Moq,
Dato/ Yusni Hamid, Radhi Khalid, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.
Kami amat berterima kasih dengan bantuan pihak Kementerian Pelancongan, Seni
dan Budaya (MOTAC) yang menyediakan Geran Sepadan Sektor Kebudayaan
(GSSK) 2022 bagi merealisasikan acara ini. Juga rakan-rakan strategik penting
seperti Yayasan Wilayah Persekutuan di mana YB Menteri WIlayah Persekutuan,
Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim sendiri telah bersetuju memberi sumbangan
terhadap program ini melalui Yayasan WP atas keprihatinan beliau terhadap
golongan ini.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
(PLPP Bangi), SWATV, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Bagi
Orang Buta Malaysia (MAB), OCBC (yang menyumbang untuk hadiah pertandingan),
OKU Sentral dan YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang memberi sokongan
penuh untuk mendapatkan peserta dan penyertaan gerai pameran dan pastinya KL
Gateway Mall selaku penaja lokasi untuk menjayakan festival ini.
Semoga festival ini bakal memberikan kegembiraan dan penghargaan buat
golongan istimewa ini. Terima Kasih juga buat anda para rakan-rakan wartawan atas
sokongan berterusan kepada usaha Karyawan dan aktiviti kami”ujar Freddie
menutup perbualan.
Bagi individu atau badan bukan kerajaan yang berminat untuk menjadi penaja boleh
menghubungi pihak urusetia di emel okufestive@gmail.com atau di talian Tel: +6012
315 3988 (Tuan Hj. Kamaluddin Mohd. Kasim) .