Teater Asrama-RA: Dorm Putra ACT II Isu buli Menjadi Fokus utama, Revolution Stage Kembali dengan Kisah Terbaru SMK Mulia






































































































KUALA LUMPUR, 18 September 2022 – Setelah hampir 10 tahun semenjak teater Asrama-Ra 
dipentaskan buat kali pertama, Revolution Stage kini membawa kisah terbaru yang terjadi di 
SMK Mulia.
Pertama kali dipentaskan hampir 10 tahun dahulu di Menara Mara, skrip teater tulisan penulis 
dan pengarah teater, Khairunazwan Rodzy ini mula menempa nama di kalangan penggemar 
dan penggiat teater di Malaysia dan di lembah klang khususnya apabila ia dipentaskan di KL 
Performing Arts Centre (KLPac) yang dibarisi dengan pelakon terkemuka tanah air seperti Dira 
Abu Zahar, Siti Saleha, Nadiya Nissa, Fynn Jamal, Intan Nor Saina, Sharifah Amani, Sherry Al 
Hadad dan Amerul Affendi. 
Kini, hampir lapan tahun semenjak pementasan teater itu dipentaskan, Khairunazwan 
bersama penulis Asyraf, kembali dengan skrip terbaru yang berlatar belakangkan kisah 
sekolah yang sama di dalam skrip pertama beliau, iaitu di SMK Mulia.
Jika Teater Asrama-RA menampilkan kisah yang berlaku di asrama wanita di sekolah tersebut 
yang membawa isu gangguan seksual dan berkonsepkan rahsia antara pelajar dan guru, 
Teater Asrama-RA: Dorm Putra ACT II pula membawa isu yang berlainan dan fokus kali ini pula 
adalah di asrama lelaki pula.
Bagi pementasan kali ini, Khairunazwan meletakkan kepercayaan kepada pelakon-pelakon 
yang sememangnya tidak lagi asing dalam dunia teater tempatan seperti Fadhli Masoot, Han 
Zalini, Fimie Don, Ikhlas Jalil, Idham Maulana, Anwar Rusdini, Nesa Idrus, Sri Idrina dan 
dibantu oleh pelakon terkenal tanah air, Nam Ron.
“Teater Asrama-RA: Dorm Putra ACT II kali ini membawa kisah yang lebih kepada kes-kes buli 
yang terdapat di sekolah di negara kita, dan saya membawa kisah dari asrama lelaki pula, 
setelah teater yang lalu fokusnya terletak di asrama perempuan,” kata Khairunazwan.
Menurut Khairunazwan juga, dia tidak akan lagi mengulangi konsep mimpi dan rahsia agung 
yang dibawa seperti skrip yang lalu, tapi yakin bahawa kisah kali ini tetap akan memberi 
pengalaman dan keunikan yang tersendiri.
Bagi penerbit produksi, Taqim Zaki, menjayakan projek ini merupakan satu usaha yang 
melangkaui pentas teater, kerana isu malar segar yang dibawakan sangat relevan dengan 
masyarakat dan memberi kesedaran kepada bukan sahaja para pelajar dan guru dalam 
institusi pendidikan malah menerokai akal fikir golongan muda remaja, dewasa untuk 
direnungkan.

Mengisahkan tentang Ijan seorang pengawas sekolah tingkatan empat yang bakal menjadi ketua 
pengawas tahun depannya telah datang melawat ke sebuah bilik asrama lamanya bagi mencari 
sepucuk surat yang ditinggalkan oleh sahabatnya, Sopi. Dalam bacaan surat itu berlaku peristiwa 
aneh yang mana kisah-kisah buli dahulunya telah membuatkan Ijan binggung kerana dia tersedar 
yang dirinya seolah-olah kembali ke situasi itu sekali lagi secara berulang-ulang. Ijan mengambil 
peluang itu untuk membetulkan kesilapannya yang menjadi punca pembulian terhadap Sopi yang 
akhirnya kematian Sopi. Kesemua sahabat dan guru yang melihat Ijan cuba membetulkan dan 
menghalang pembulian tersebut dari berlaku sangat merasa pelik dan mempersoalkan tindakkan 
Ijan yang berbeza dari apa yang pernah dan sepatutnya dia lakukan dulu, iaitu membiarkan dan 
mendiamkan diri dari terlibat dari kes pembulian sehingga menyebabkan kematian Sopi itu.
Anjuran
Pentas Revolusi (Revolution Stage)
Penerbit
Taqim Zaki
Penerbit Eksekutif
Kirin Mohamad
Pengurus Produksi
Sara Sulaiman
Idea Asal & Arahan
Khairunazwan Rodzy
Penulis Skrip Bersama
Khairunazwan Rodzy & Asyraf Shahir Mohd Najib
Lakonan:
Nam Ron
Fadhli Masoot
Fimie Don
Han Zalini
Ikhlas Jalil
Idham Maulana
Anwar Rusdini
Nesa Idrus
Sri Idrina
Informasi Tiket
Cara Pembelian: www.revolutionstage.com
Harga Tiket:
1. Zon Cinta: RM85
2. Zon Kaseh: RM75
3. Zon Sayang: RM65







“Selain daripada penjenamaan Asramara-Ra yang sudah punya pengikut tersendiri, projek kali 
ini akan lebih fokus kepada, bagaimana isu buli yang taboo ini dapat disampaikan kepada 
khalayak supaya semua peka agar menyekat gejala ini daripada menjadi barah."
Teater Asrama-RA: Dorm Putra ACT II bakal dipentaskan pada 26 – 30 Oktober di PJ Live Arts 
dan tiket boleh didapati di www.revolutionstage.com.
Orang ramai juga boleh menonton teater Asrama-RA All-Star (2014) di laman tersebut.
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi produksi Revolution Stage melalui Instagram 
mereka @revolutionstage atau terus ke www.revolutionstage.com

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan