PETALING JAYA,7Oktober2022-Chef selebriti Malaysia terkemuka, hos rancangan
televisyen dan pengusaha restoran, Datuk Dr.Chef Wan bersama K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd.
tampil di pelancaran ‘K PLUS Food Market’, pasaraya premium Korea yang pertama dan
terbesar di Malaysia. Pasaraya yang pertama seumpamanya seluas 28,000 kaki persegi itu
menawarkan pelbagai juadah dari kafe ala Korea, sudut daging dan makanan laut segar, sudut
juadah istimewa Korea (banchan) dan kimchi serta banyak lagi.
Pasaraya tersebut dilancarkan sebagai inisiatif K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd. untuk
menghubungkan budaya di antara Malaysia dan Korea Selatan disamping mempromosi
pelancongan rentas budaya; sepertimana permintaan produk dari Korea Selatan meningkat
disebabkan oleh pengaruh budaya pop Korea. Sebagai peneraju peruncitan di Malaysia, K-Eco
Mart membawakan produk-produk yang diminati termasuk makanan dan minuman, barangan
kecantikan, barangan rumah dan banyak lagi. Rakyat Malaysia berpeluang untuk meneroka dan
mengalami ‘Gaya Hidup Korea’ di pasaraya sehenti ini.
Kini, Malaysia sedang melalui fasa endemik, maka, K PLUS Food Market bertindak sebagai
mercu tanda kepada rakyat tempatan yang masih ragu-ragu untuk melancong ke luar negara.
Sebagai komitmen untuk memberi pengalaman budaya Korea secara menyeluruh, K-Eco Mart
telah berunding dengan pereka dalaman terbaik dari Seoul untuk pengubahsuaian K PLUS
Food Market bagi menampilkan paparan estetik kepada para pengunjung supaya mereka dapat
menikmati gaya hidup Korea yang serba moden di negara sendiri dengan selamat dan selesa.
Encik Im Chae Wook, kaunselor kepada Kedutaan Republik Korea berkata, “Korea Selatan
dan Malaysia sudah pun sekian lama menjalinkan perhubungan persahabatan yang akrab
semenjak termeterainya hubungan diplomatik antara keduanya pada tahun 1960. Hingga kini,
persahabatan akrab yang terjalin melalui komunikasi dua hala telah mecetuskan sinergi yang
harmoni dalam pelbagai pertukaran dan peristiwa di dalam sektor politik, ekonomi dan budaya.
Dengan melihat terbinanya pasaraya baru ini, saya percaya ini adalah bukti bagaimana Korea
Selatan dan Malaysia berdedikasi untuk memperkasakan satu sama lain dan saya teruja
melihat kedua-dua negara terus menuju ke masa hadapan.”
Pengerusi K-Eco Mart, Datuk Matthew Lew berkata, “Malaysia sentiasa mengalu-alukan dan
menghormati budaya lain, dan untuk saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Saya
berbangga kerana dapat menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan melalui K Plus Food
Market dan memenuhi permintaan para pengguna yang mengutamakan produk yang berkualiti
dan tulen. Dengan pelancaran K Plus Food Market, saya teruja untuk menyediakan platform
serba lengkap kepada rakyat Malaysia demi memenuhi keperluan produk Korea anda.”
K PLUS Food Market menunjukkan usaha K-Eco Mart dalam memperkasakan Malaysia dan
Korea Selatan disamping mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghargai
persahabatan melalui inovasi dan pelancongan rentas budaya.
K-Eco Market turut teruja untuk menyambut pengunjung tempatan dan antarabangsa ke KPLUS
Food Market di mana para peminat budaya pop Korea dapat membeli barangan Korea yang
hanya dapat dilihat di kaca televisyen sebelum ini.
###
About K- Eco Mart
K-Eco Mart (M) Sdn. Bhd is Malaysia’s No.1 Korean Retailer operated by distributors, KMT
Group since 1994. It currently operates 7 retail supermarkets under the trade name of “K
Market” in Peninsula Malaysia.It has been growing through aggressive expansion while
providing a variety of the highest quality imported Korean products from fresh groceries to
household items and its differentiated services including delivery to customer’s doorstep around
their area with minimum spending in the outlets.