Syarikat MoreADDHodlings Berhad merupakan syarikat di Malaysia yang telah menjalin
kerjasama dari penerbit sebuah syarikat perfileman di Indonesia bernama Cakra Filem yang
diteraju oleh penerbitnya saudara Denny Siregar. Filem genre aksi dan romantis ini dilakonkan
oleh pelakon terkenal Nicholas Saputra bersama Ariel Tatum dibawah arahan pengarah filem
saudara Rudi Soedjarwo.
Tayangan Gala Premier telad diadakan di GSC Mid Valley Megamall pada 6hb Oktober 2022.
Seramai 12 orang delegasi dari pihak peoduksi Indoneia telah hadir dengan diketuai oleh
Produsernya Danny Siregar bagi menemui peminat peminat di Malaysia. Antara para pelakon
utama yang turut hadir pada malam Tayangan Premier adalah Iwa K, Nugie, Poppy Sovia
dan Ario Wajab.
Sayap Sayap Patah adalah sebuah filem tentang kisah cinta pasangan suami isteri,
Aji (Nicholas Saputra) yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas
Densus 88 dan Nani (Ariel Tatum). Kerjaya Aji yang selalu berada di barisan hadapan
dalam membenteras pengganas/teroris, membuat Nani yang sarat hamil anak
pertama sentiasa dalam kebimbangan. Tekanan kebimbangan keselamatan Aji
membuat kandunganya bermasalah sehingga Nani terpaksa pulang ke rumah
ibunya di Jakarta.
Kebahagian rumahtangga mereka dilanda dugaan apabila pada hari pertama Aji
bertugas, terjadi rusuhan di penjara tempat para pengganas ditahan di Mako
Brimod, Kelapa dua, Depok (kisah benar yang berlaku pada tahun 2018 yang lalu).
Situasi menjadi tegang dan mencengkam apabila Aji menjadi salah seorang
anggota yang dijadikan tebusan oleh pengganas.
Dalam masa yang sama Nani bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung
mereka. Kehebatan filem ini juga melalui gabungan barisan pelakon yang hebat dan
watak-watak antagonis yang dibawa oleh pelakon yang sebelum ini membawa
watak baik membawa satu kelainan dan kepuasan untuk penonton.
Tajuk
:Sayap-Sayap Patah
Genre
: Drama, Aksi
Penerbit
: Denny Siregar, Yoen K
Pengarah
: Rudi Soedjarwo
Penulis Skrip : Monty Tiwa, Eric Tiwa, Alim Sudio
Produksi
: Denny Siregar Production, Maxima Pictures
Pelakon
: Nicholas Saputra, Ariel Tatum, Iwa K, Nugie, Edward Akbar, Poppy
Sovia, Ariyo Wahab, Khiva Iskak, Dewi Irawan, Gibran Marten, Revaldo,
Aden Bajaj
Durasi
: 113 minit
Bagi merancakkan perjalanan tayangan filem Sayap-Sayap Patah ini di Malaysia,
maka syarikat MoreADDHoldings Berhad telah memilih penyanyi tempatan yang
sedang meningkat popular iaitu Amir Masdi untuk membawakan semula lagu
tema/OST filem iaitu Ku Tunggu Senyummu. Lagu tema/OST filem ini merupakan lagu
yang dinyanyikan penyanyi asal Indonesia, Ipang. Bagi menyuntik sedikit kelainan
dan pendekatan yang lebih berkesan kepada penonton di Malaysia maka penyanyi
tanahair Amir Masdi dilihat kelebihan suaranya adalah bersesuaian dengan lagu ini.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada 13hb Oktober di semua
panggung wayang di Malaysia.